a story to tell









p/s-nasa x caye aku wat lagu ni.die kate aku ciplak.hahaha.

Thursday, November 26, 2009 10 Comments

tak seperti dulu

sementara menunggu pembeli bende bertali 6...


lagu
tak seperti dulu
oleh mas



intro
D F#m G A
D F#M G
A#7m



D

ya?
F#m G A
oh begitu lama pahit itu terjadi

D
oh mengapa
F#m G A
baru sekarang mahu kau teliti

D
oh kenapa
F#m G A
adakah engkau ditinggalkan di tepi

D
oh tolonglah
F#m G A
hentikan semua omongan kelas 'c'


D
mahukah
F#m G A
kau mahu ungkitkan segala

D
salahkah
F#m G A
andai tak bisa senyum bak suria

D
sudahlah
F#m G A
cukup hanya di sini sandiwara

D
pergilah..
F#m G A
pergilah cari dirimu yang sebenarnya

G A
cukup-cukuplah
G A
lepas-lepaskanlah
G A A#7m
senyummu menghantuiku



chorus



D F#m G F#M

dia tak seperti dulu
tak mahu menganggumu
bukakan ruang padaku
Tuhan berikan petunjukMu



G A#7m Gm/5- D

agar ku tak jadi seperti dulu...


outro
Gm/5- F#m D....







P/s- cukup2lah tu.pandang depan.orang kelantan kate 'let gone be by gone'.flowers are not just a bud and bees are not like beatles!orang ireland ckp 'gewe wat namo rimanyo?'kite punye impian ade kat depan.tak perlu patah balik untuk betulkan segala2nya.
Look to the future! Detach from the past! Let the people go! Start a new this time! kepade adik2 junior ku yg kusayangi,janganlah jiwang sgt sampai tiap2 hari aku nampak muka sama.i thought there is variant.but no..ohhhhhhhhoooiii!

Thursday, November 19, 2009 7 Comments

mereka sangat sombong

mereka yang sombong
siapa yang sombong?
si dia pakai pelampung?
atau si perutnya kembung?


mereka sangat sombong
kenapa engkau terpekik terlolong,
memecah kesunyian dengan vokal sulung,
mahu mencari tangan yang menolong


mereka tak pernah tahu
siapa yang cendana dahulu
mereka biopsi sepintas lalu
memaksa aku SENYUM selalu

mungkin mereka merasa
akan keperitan membuat dosa
bila diri dihujani kuasa
memaksa diri tak berputus asa

atau

akukah yang sombong
pemula segala isi dalam tong
sisa tempias dihumban ke gaung
senyumlah aku terpaksa diketuk...bong!

akalku masih waras
mahukah aku ungkitkan seulas?
inginkah hati menjadi was-was?
takut dikata orang yang 'terbolas'?


bukankah aku seorang pendendam?
bukankah aku menyimpan ladam?
bukankah aku makan ulam?
that's why la dendam kena tanam...


plastikkah senyumku?
kambingkah senyumku?
tersiratkah senyumku?
habis mengapa rasa suam kuku???????

yang hakiki,
aku masih ingat peristiwa itu!


kata digulung,
mereka sangat sombong!




p/s-siapa yang salah,maka mintaklah maaf.tapi kenape mesti sombong?????sombongkah kite jika kite wat salah?logik ke?rasional ke?tak malu ke?kite wat salah,xkan mau sombong lagi????!!!.hmmmm...


glosari -
tebolas = mata letak kat lutut (bahasa kelantan)

Tuesday, November 10, 2009 2 Comments

klate bereh - cuti peristiwa

kimi- mas,bangun mas
aie - mas,bangun mas
kimi - mas,7.30 dah ni
aie - mas klas kol 8
kimi - (dgn tangan yg sejuk tanda baru lps mandi,sentuh saratoga aku aka selimut tebal) mas, patho kol 8!




arrggghhhhh...apsal la sejuk sangat ni wei.padahal xde r sejuk sangat.in proper word, apehal malas sangat ni...

klas hanye sejam.lps tu balik umah.berbaloi?utk yg mahu disiplin,amat bagus.tp aku ade sbb lain.

baru aku ingat.malam tadi kelate menang 1-3 ngn nogori.(sbnanye kalah)aku wat staus ym nk cuti peristiwe sek klate.maka,dengan tauliah aku sebagai anok klate,maka aku isytiharkan hari ni cuti.hehe.xyah gi gamaah.weeee.....


maka dengan itu,terburnlah klas patho.


hampa ketua batch baru.kot?haha...


p/s-cubo lagi klate!gomo klate gomo!gomo anuar muso di bukit marok.eh?silap.klate bukan asabiah,tapi kito caring sek2 kito.adik bradik key.ore putih kato,like brothers like sisters.ceswas.putus lidah.gong!setadi r dumoh.moteng je kijo..

Saturday, November 7, 2009 5 Comments

tenggelam

rase mcm x sesuai kot blog ni masuk komunitiperubatan.blogspot
abes kantoi ape yg aku nk rahsiakan


salam.aku dah masuk tahun 3.blaja patho.tp mmber aku kt um tgh kat spital jumpe patient.


tahun 1 ngn tahun 2,aku excited gile amek medic.tp masuk thn 3,rase mcm x seexcited dulu.


bukan xnk amek medic or nak quit,tp mcm slow sket aku nk pikir banyak2.rase mcm nk g umh nasa slalu je.sbb ade piano kot?


rase dulu tadika,sek rendah,menengah rase cm dah star abes.tp kat u,mcm hampeh.


culture shock maybe.


psl aku mudah boring wat satu keje pastu xnk siapkan kot.dulu kne lempang ngn cekgu seni psl lembab wat sculpture utk ketas 3 spm.padahal aku yg buat,aku tau r bile siap.x gitu?bukanke kekura tu jln 'bentak sengit' tp at last wat muke kerek depan arnab?


maybe aku kne tumpu medic ni lebih dalam kot.
masalahnye,medic ni kne bace....

time tadika cekgu tanye hobi ape aku jawab membaca n melukis.tp baca tu 1 bnde yg last aku wat.novel komsas 5 tahun pon x abes bace except phantom of the opera sbb tu nipis sgt.yg lain bace sinopsis sudah...tp aku akui,bangsa yg berjaye bangsa yg membaca.cewah

ish.napela jadi mcm serabut sgt skg ni.


muka aku memang camni.kalu ade pape,muncung semacam.jgn nk pk lain.bkn urusan korg.


target mumtaz,jayyid,
target jayid jiddan,amek ko dusani

ntah2,kne target makbul kot baru lepas ajat.
oklah,aku xnk mumtaz.nk makbul je.nak balik awal,ade keje.korg nk,korg usahalah ye.




aku nak balik nak buat umahhhhhhhhhhh!!!!!!!!argggghhhhhhhh!!!!!!
(kang kawen nnti xde umah,bini aku gak kesian.ces)

5 Comments

adik jangan nanges ye...

“Ish bingungnya.kat mana aku nak dapat idea ni? Perarakan kemerdekaan pun aku tak pernah pergi. Setakat tengok dalam tv, itupun pukul 10 pagi oleh sebab tabiat bangun lambatku memungkinkan aku hanya dapat menonton perarakan kereta berhias dan keberangkatan pulang raja. Maksudnya, dah habis. Perarakan di sekolah? Hambar. Setakat membawa bendera plastik ke hulu ke hilir, ah, apalah sangat. Budak-budak…” bisik seorang anak kecil.


Esok Man akan menghadapi peristiwa besar. Besar bagi budak yg berusia 11 tahun. Belum didengarinya istilah noradrenalin, sympathetic atau nervous. Apa yang pasti, dahinya bebintik-bintik. Basah. Sekali sekala, kerutan dahinya mampu mentertawakan sesiapa sahaja yang melihat telatahnya. Angin perutnya kian menjadi-jadi. Serba tak kena. Makan, macam biasalah, habis dua pinggan nasi. Mandi pun sentiasa basah disebabkan peraturan ibunya yang dipatuhi sejak kecil. Ditarik2 rambutnya yg lurus keperang-perangan. Buntu memikirkan idea. “Nasib baik esok hari sabtu.kalau tak,mesti kena ponteng Fardhu Ain”, bisiknya lagi. Pantang bila kelas fardhu ain percuma yang dijalankan setiap jam 2.30 petang setiap hari di sekolah, ditinggalkan.


Terlihat akan ayahnya yang sedang menonton tv, maka ditanyanya. “Ayah, mcm mana ye?adik tak tahu la nak lukis apa…”. Kelihatan dahi ayahnye pula yg berkerut. “ayah, adik tak tahulah. ayah tau ke? tolonglah ayah…”. Manja rayuannya. Maklumlah, anak bongsu. Panggilan ‘adik’ masih kekal walaupun dia membesar dengan pantas. Sudah masak dengan perangainya yang suka mengadu, menangis dan meminta-minta. Tidak puas hati dengan respon ayah, maka hendak ditanya soalan kali ketiga. Belum sempat menghabisi rayuannya, ayahnya spontan saja menjawab. “Ah, ayah tak tahulah! Ala, fikirlah sendiri! Serabutlah!”. Aduhai. Kecewa benar. Sudah masak dengan perangai ayahnya, dia hanya mengangguk. Tidak mahu memburukkan keadaan. Sudah pasti jawapan seterusnya sama. Malah mungkin lebih menyakitkan hati. Menyesal ditanya soalan begitu. Mungkin amat remeh bagi ayah.


‘Ah. Buat apa mahu bermain dengan perasaan? Aku tahu, ayah sangat bijak. Ayah sengaja tak nak jawab. Ayah nak aku guna idea sendiri. Idea budak 11 tahun. Idea bakal saintis. Atau mungkin, ayah sudah tahu layaknya aku di tingkat mana. Bolehnya aku di benua mana. Ayah sungguh menyakitkan hati malam ini!’


Tak habis-habis dilayannya monolog muda sepanjang malam itu. Mukanya sudah menampakkan garis-garis ‘sedih’. Mata berkaca. Bibir bawah melengkung menolak bibir di atas. Bergetar-getar. Air mata yang cuba mengalir, di tahan sebaik-baiknya daripada jatuh mengabstrakkan lagi kertas lukisannya. Jika ibunya ada di situ, maka handak saja diraung2nya hingga terlepas perasaan yang membengkung di dada. ‘tak boleh nangis, nanti ayah marah’, bisiknya.


Sambil bermonolog, sambil dibeleknya buku2 teks darjah 5. Dicapainya buku kajian tempatan. Idea datang. Bangunan Sultan Abdul Samad terpampang pada kulit buku bahagian belakang. Kecil saja. Dibulat-bulatkan matanya untuk memperbesar imej itu. Walaupun sumber internet mahupun komputer amat asing baginya, imaginasilah yang mengambil tempat. Biar buta IT tapi jangan buta hati. Idea datang mencurah-curah. Berimaginasi dan imaginasi. Perasaan marah membuatkan otaknya bekerja dengan amat gigih sekali seolah-olah dijanjikan bonus separuh bulan.


‘Ya…aku tahu apa yang aku nak buat esok. Tengoklah ayah….’



-------------------------------------------------



Pukul 2.30 petang, tiba di perkarangan kampus ITM Machang. Di sana sini kelihatan banyak gerai yang menjual makanan dan minuman. Sudahlah panas, berselera tengok ayam goreng dan air coconut shake. Kegemaran seorang budak sekolah rendah. Tapi ditahannya akibat perasaan gementar yang meraja untuk menghadapi peristiwa seterusnya. Rupa-rupanya, majlis dibuat sempena ITM dinaiktarafkan kepada UiTM oleh Mahathir. ‘Ah, tiada kena mengena dengan aku. UPSR pun tahun depan baru aku ambil’. Kain rentang ‘Pertandingan Melukis’ dicari tetapi tidak ditemui. Kelihatan begitu ramai objek-objek hidup yang terbongkok2 bersila dan bersimpuh di ruang legar. Ya! Masanya dah tiba. Pertandingan melukis sudah dimulakan!


Man segera mengambil tempat. Crayon Buncho jenis 24 dibukanya .Masa beberapa jam itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Seolah-olah berada dalam keadaan subconscious. Separa sedar. Tekanan. Bunyi-bunyian. Segala bentuk permasalahan terus sahaja dilupakannya. Amat kusyuk. Melukis, mencoret, mewarna, meniup, menyunting.


Tinggal beberapa minit lagi sebelum wisel ditiup menandakan tamatnya pertandingan. Sedikit sahaja lagi untuk lukisan siap. Hanya tinggal touch-up terakhir. Warna Luna hitam digunakan sebagai outline. Ah! Patah. Mungkin akibat terdedah kepada air. “Bagi kat abang tu warna hitam”, seorang guru bahasa melayu bersuara menyuruh anaknya yang kecil. Oh, rupa-rupanya, Man dikelilingi serta dikerumuni oleh peserta-peserta lain serta cikgu-cikgu dari sekolahnya. Sugguh ramai sekali. Semuanya memberikan sokongan. Sokongan yang amat menghairankan Man. 'Kenapa hanya aku?'. Hanya tinggal Man dan lukisannya. Ruang legar yang tadinya sarat dengan objek-objek hidup kini sudah lengang. Touchup serta touchup dan akhirnya pertandingan tamat…



------------------------------------------------------



Lukisan-lukisan sebanyak 12 helai ditampal pada papan putih utama di atas ruang atas yang paling tinggi mewakili peserta-peserta yang berjaya. Disebabkan Man yang bertubuh kecil serta pemalu, dia hanya mampu melihat dari barisan kerusi paling belakang. Tidak berkeseorangan, ayahnya juga menemani. Kelihatan seperti lukisan-lukisan yg dipamerkan begitu cantik dan menakjubkan. Tambahan pula lukisan yang paling atas. ‘Samar-samar tapi cantik’, bisiknya. Sempat juga berbual-bual dengan orang di sebelah. Seolah-olah tidak gementar lansung.


Keputusan diumumkan. Selepas seorang,seorang pula yang tampil menerima hadiah. Man hanya bersorak apabila kawan-kawan serta senior dari sekolahnya yang berjaya. Semangat sekolah lah katakan. Kedengaran juga nama-nama besar dari sekolah lain yang berjaya yang mana cukup otai dan dikenali Man dalam bidang lukisan di negerinya. Tempat kedua diumumkan, ternyata ia milik seorang otai berdarjah 6 dari sekolah Hamzah 2. ‘Eh, budak tu dapat nombor dua je? Selalunya, dia yang bolot.’ .


Sedang berborak-borak dengan rakan-rakan barunya,tiba-tiba namanya dipanggil. Terkejut? Tidak. Siapalah yang tak kenal dengan lukisan sendiri. Cuma lebih cantik apabila dipamerkan di tempat paling tinggi dan di hadapan otai-otai yang lain…


------------------------------------------------------------------------


Pensyarah,cikgu-cikgu serta kawan-kawan ucap tahniah. Kakak-kakak Uitm ada yang bersalam dengannya. Suka sangat salam dengan adik. Belum baligh. Man tak banyak cakap. Tapi matanya tertumpu ke arah seseorang. Ayah. Sudah disedarinya daripada awal hingga akhir, ayahnya hanya tersenyum. Kemenangan itu hanya layak dihadiahkan pada ayahnya. Dia hanya mahu membuktikan pada ayahnya bahawa dia juga mampu berjaya. Ayah macam biasalah, dengan kawan-kawannya, amat bangga ada seorang ‘adik’ yang berjaya. Barulah Man faham kenapa ayahnya bertindak sebegitu pada malam sebelumnya. ‘Ah! Tak apalah, aku maafkan ayah.nak saja aku cakap, adik dah berjaya lah ayah!’.


Tiba masanya makan ayam goreng dan coconut shake. Oh, sungguh kecewa. Ayam hanya seketul isi jarang-jarang. Coconut shake dah tak ada ais-krim, isi kelapa entah ke mana. Tak apalah, janji aku orang yang diraikan hari ni!



Sudah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlaku. Kini Man tercari-cari bagaimana caranya untuk mengimbau kembali kenangan itu bersama ayahnya. Subjek sudah tersedia, tetapi Allah penentu segalanya.





p/s- nak berjaye bukan senang. berjaya tak datang bergolek.dalam usaha jangan nanges....

Friday, October 9, 2009 3 Comments

perah la wei...

pernahkah anda merase perah? er..sori2. perah tu maksudnye frust. sbb ape frust, aku sorang je la tahu. bila mengenangkan bende yang membuatkan aku frust, maka bertambah2 frustnye. ditambah pula keadaan frust yg xnk sembuh dpd terus meradang kefrustatan, maka makin parah la frust tu. frust oh frust. mengape la frust ni ngade sangat nak mefrustkan orang. time nak hepi, pikir bende frust, jadi frust menonggeng. menonggeng la punye frust ni. saje nak attract org. dah frust, wat la care frust. alahai frust...tapi korang takkan tak penah frust kan...alahai...hmmm.perah nyo wei......

ha...nilah akibat tak immune ngan bende2 yg terjadi sebelum ni. contoh kite dah kena sekali, sepatutnye, slow2 kite amek iktibar atas ape yang dah jadi. ini tak, duk ulang bende same, putar punye putar, tapi last2 bende same je kite wat. maklumlah, optimistik katekan. letak harapan tinggi sangat...memang baguih weh letak harapan tinggi menggunung (macam lagu sk hamzah 1 aku dulu) , tapi usaha kite sepatutnye jadi tumbuhan2 renek yang idup kat atas gunung tu (dah lupe name time blaja geo dulu). kire nak ckp, lagi tinggi dpd gunung tu r. a'ah kan? pokok2 kat atas tu sure lagi tinggi dpd ketinggian sebenar gunung tu hatta sekecil2 tumbuhan skali pon. tu belum kire semut2 ngan bapak2 semut serta permaisuri semut yang memang dah ade kat atas gunung tu tgh wat construction.


camne la xnk bagi frust. kalu xnk frust, xyah la pikir yang bukan2 kan?. pikir punye pikir, mak oi...die punye pikir tu memang jauh gile. ntah mane pegi. tapi step 1 pon x start lg. adik ipar mat jenin. biasela.


disebabkan aku cube menyelami perasaan frust yg dibuat2,maka tidak lain dan tidak bukan, akan terpacullah makanan2 dalam minda yang sehat ini. sori to say lah ye. daripade korang duk layan korang punye frust tu,baik korg pikir care kat depan.bukan pegi belakang. kalu ade ngn aku, meh, kite makan nasik cicoh budu. kan hepi tu.




pucuk pegaga

ulam 'nyelor'

budu selepas diperah asam limau

tak lupe juge teman sejati awal dan akhir ...AKOK BUNGA...





terasa hidup seperti mengauk2 repisan sekut tawar yang terepis terendam dalam air teh sejuk.kne pakai sudu baru boleh amek.oh hidup...





p/s- nasihat umi plg berkesan time cuti ni- 'jgn lah target yg x pasti, kang x dpt, kecewa nanti' ....perah wei la...

Thursday, October 8, 2009 Leave a comment

budi bahaso

kalau entri ni membazir,sila royak.


di Mesir,
mase 1st jejak kaki sampai la skg, org mesir buleh la dikategorikan sebagi peramah. kalau yg x puas ati ngn arab, hal diorg la.xkn semua yg buruk je nampak.bab2 layan ni mmg best la.kalu kecek arab tunggang langgang pun,arab layan je.janji senyum.xyah marah2.bab nak fokus,bab jawab salam.uihhh...arab kalo sapa ngn salam,pantas je jawab salam.pernah gak r main2 ckp slow2 salam.pastu die jawab dengan penuh semangat tak ingat punye.huahuha.terkejutla!wat salah sket,arab ckp xpe2,ok2 je..



di KLIA,
disebabkan flight ke kota bharu dah nak berlepas tp aku still lg tolak troli mcm siput babi.eh,kasar sgt.mcm kekuralah gitu.pastu nk cpt.kne bayar extra luggage dulu.MAS lmbt seminit pon x kire kn?pastu tolak r troli kalu nak kire xde r laju sgt.pastu tetibe ade mamat melintas.padahal bukan jalan pon.just ruang antara kedai ngn kaunter check in.masalahnye,die jalan nyek2.tetibe,tayar depan troli terkena belakang kaki die.(baru tapak kasut).pastu x pasal2 maki hamun diri yg kesian ini.oi buta ke?x nmpak org jalan ke?er...aku plak kene.yg die nampak aku ngn troli ni punye gedabak besar,xkn sempat buat ilusi optik?pastu senyum je sambil tinggalkan die tgh mengomel dgn kuatnye...oh di bulan pose.



tok leh la gitu..tok molek...tok comel.kecek molek2 kan bagus...
hahaha.malaysia
budi bahasa budaya kita








p/s-ptg td balik dari umah saing mesir di KB.sedap puding telor dio.nok make banyok malu.lain kali duk mesir,buat deh,bagi kat ambo-----tgh training kecek ngn org dewase.uhuh

Tuesday, October 6, 2009 Leave a comment

pengalaman di KAPUNG

gapo ek nok tulis?
xdok idea lah.xdok ilmu la nok tulis bndo2 ilmiah,kang jadi lain pulok -kate seorang member

hehe,
lekat kecek klate sbb cicoh budu ngn gulai kunyit kuwah time cuti ni.
tula ,aku oyak doh,ore kapung kito,kto ore kapung.tok gitu?


1st day aku sampai di Kota Bharu aka Pgkalan Chepa, aku terus gi cari akok bunga.tau ape akok bunga?sejenis kuih akok tapi jenis besar.bentuk bunga.ni mmg faveret aku time mude2 sampai la bile2.x kesah la akok kecik ke akok bunga.dah name akok,mesti la berkedut2 rupa die.so,sape2 yg asek masam je muke die tu,kite panggil muke akok-lah!buleh ke?

time cuti ni juga la banyak bende2 matang aku belajar.ape lagi?bnde tu la.tambah2 lagi,umi ngn akak aku amek tempahan utk wat 'par' hantaran.kalu tak paham,buat2 paham.jadi banyak gak r kne survey bajet utk tu,utk ni,utk ehem,uishhh.banyok wehh.last2,nasihat bergune org kat aku,jangan mengade2 nak ungkit psl bende tu.abes blaja dulu.ngade.alahai,aku baru je nak panas enjin.haha.ala,tanye je pun...bukan serius...

sempat jugak makan2 ngn geng2 mesir yg dtg melawat kat klate mcm luwoh,nasa,rafiq.gather2 ngn aniq,bakar,fattah,wan dato jamil.haha.segan kito.

tup2,result plak kuar.alhamdulillah r,naik gak thn 3.lepas ni buleh la jalan dpn umah sambil panggil jat pian,"jat2 , aku blaja patho..hah!"hehe...xde keje.jat pian saje yg memahami.maklum la,die ckp kat aku die dah jadi doktor.masuk klinikal la katekan..xleh jadi ni.

disebabkan pernah jadi ketua batch,maka aku banyak dihujani msg2 bermacam rupe.tu la,ramai jugak caring.terharu la.er,tak tahu r buleh caye ke tak ni.alasan ketua batch gak yg kena.maka,tahniah la utk yg berjaye.yg berjaye bkn senang,ade yg ckp setadi x cukup tanah.takut aku dgr.yg belum,cek ape silap salahnye.


family tgh tidur.aku je xleh lelap...



p/s-kat mesir ade isu skg.

Sunday, October 4, 2009 Leave a comment

mimpi balik machang

sedih pulak rase sbb balik kampung.sedih nak tinggal mesir.ditambah plak ngn rentetan2 mimpi yg berlatar belakangkan malaysia.balik ade kerja.kerja penting.takut tak sempat.papepon, tengok la video ni.spesel punye.special utk org2 machang....hihi.





dari dulu sampai skg...tgk bnde ni time sedih pun jadi hepi.haha.

Wednesday, September 9, 2009 2 Comments

merah yang sama natijah berbeza

sehelai kertas.
putih wajahnya.seri mukanya.anggun tampaknya.
tiba-tiba
tertumpah air di atasnya
mengembang permukaannya
disangka rosak para pendeta
namun tenang dijelaskannya
'itu hanya sementara'
itu hanya sementara?
ya...betul.itu katanya.
dijelaskannya lagi seraya membalas inkuiri sang pendeta
kamu diberikan pilihan
setelah begitu diperlakukan masih diberikan pilihan?
maksudnya...peluang?
ya...lebih kurang.
sang pendeta nampaknya makin galak bertanya
maka teruskan ucapanmu
pilihannya...sama ada kamu yang mengcorakkannya
atau biarkan ia kering semata-mata
itu saja?
belum, tengoklah dulu...
coraknya pula harus kena pada tempatnya
contoh?
ya...warna dan gaya
sila tunjuk?
begini...
palitan merah ini aku leretkan pada kertas
satu pada yang kering
satu lagi pada yang basah
"ah..tiada beza bukan?"
sabarlah...cuba lihat
basah itu boleh jadi sengaja. tapi ia sebenarnya bersih
merahnya pudar...
isinya mendatar...
lebarnya membentang luas...
yang kering ini,
isinya padat...
merahnya pekat...
lebarnya sendat...
apa maksudmu sebenarnya?
bukankah kamu kata kertas tadi rosak?
mengembang dan tak bermaya
ya..itu sebelum ini..
jadi kamu bertanya padaku apa maksudku?
adakah kamu semua akan buangkan saja kertas itu
buangkan saja hasilmu
buangkan saja ideamu
seratus peratus menjauhi
memisahkan 'kerosakan' itu dari hakiki
sedangkan kamu tahu ia boleh dibaiki?
merah yang sama natijah berbeza...
maka kata pendeta,
maksud kamu, kertas yang 'mengembang' tadi boleh bertukar wajah
menjadi potret yang agung?
ya!tepat sekali.
dalam landasan yang jitu
teknik kering atas basah dan basah atas basah
'ya...itu pernah ku dengar di pondok dulu' kata pendeta
baiklah....,
aku terima mesejmu
tapi
izinkan aku mencelah
silakan
er...rasanya tak sedap mata memandang hanya merah
bolehkah siapkan gambarnya?
kepingin melihat landskap terindah
oh...itu saja.hahaha
akan kusiapkan
baiklah,
lain hari kita bersemuka
alhamdulillah...(bisiknya)







masih ada harapan,
inilah masanya

Monday, September 7, 2009 Leave a comment

aku tak pasti


aku tak pasti...

samada jalan yang ku pilih
sedang membahagiakanku
sedang menyenangkanku
tatkala hati dihambur resah

aku tak pasti
samada ini jalan untukku
jalan yang akan membawa ku
ke arah dunia
yang sebegitu...

aku tak pasti
samada tawa dan senyumku
tenang dan tangisku
masih bertunjangkan
akar yang jitu

aku tak pasti
samada itu semua akan terjadi
walau selalu dikejar mimpi
bagai terkena omokan badi

aku tak pasti
adakah masih ada kesempatan untukku
menghampar bidangan itu
menghadap tujuan itu
tatkala diri dikuasai nafsu

aku tak pasti
samada inikah yang terbaik
hasil keringat di bawah terik
untuk ku bahagiakan mereka
tatkala hatinya dicarik-carik

dan

aku tak pasti
samada inikah persembahanku
yang pertama dan terakhir
yang belum sempat ku sunting
hingga ke bait-bait akhir
tatkala aku mengharapkan
keampunanNya...

aku malu,
itu yang pasti.








sehari sebelum berperang,
subuh yang sunyi

Friday, September 4, 2009 Leave a comment

mati...itu hampir.

Leave a comment

berehat kejap.

comel tak?



salam.


lame tak update.berehat.fokus kejap.banyak cite nak cite tapi takpelah x jadi cite.korang senyum,aku senyum la...hihi.nway,slamat menyambut Ramadhan..Sesungguhnya,dah serik kne macam ni.ish,tak sanggup dah nak ulang tahun depan. isk..isk..sbb ni lah tak buleh balik malaysia.bdw,.ade la beberape org yg akan jadi tukang masak aku full time pasni.doakan aku berjaye ye!

kawan2 pun ramai dah xde.sunyi gak.lepas sorang2,balik.aishh...merintih la sorang diri...sana xde,sini xde,depan xde,bawah xde,sblah lagi la xde.teman sunyi adalah makanan.yup.x smpai 3 jam mesti mulut dan perut mintak diisi.maybe sbb tension & xde pape dah bende yg nak buat selain masak.makan.masak.makan.gitar pun xleh lawan aura makanan tu.kn?nk relate ngn situasi pon,kan skg ni H1N1 menyerang.so,x selamat kot makan luar.x gitu korang.tu yg kne masak slalu tuh.tp aku rase,still la boleh bergerak dgn 'sempurna' lg kot ke sana ke mari.x tahulah bila balik nanti,ape reaksi kakak2ku yg suke mengomen akan 'kekurusanku' ini.ish,tgk aizat af,boleh je jadi kurus.tu belum tgk nasa,lagi la keding.tak gitu nasa?ape rahsia?yang sebelah tu,kalo dgr pape,wat tak tau je tau.nasib baik 'kita2' je.ok :P

papepon,gud luck untuk korang yg kne reseat paper.ish,xyah la give up.ajai2 fighting!korang senyum,aku senyum.kalo sedih,dgr la lagu lenka.x gitu?ade org gilo lenka doh loni...beres?beyeh..........

mee goreng gitar mamak pecah telur kering (panjang name..)

appreggios E minor mangos wa bananos whipped (huh..ni lagi.penat aku reka name nih)

Wednesday, August 19, 2009 Leave a comment

Akhil D'Riyadh - Aku, Rock dan Dakwah

Akhil sekarang...


Akhil (dua dari kiri), di zaman rock tak ingat punya!!



WALAUPUN tidak segah Search, Wings, Sweet Charity atau Lefthanded, rasanya ramai rockers yang mengenali D’Riyadh. Band yang dianggotai empat anak muda dari Gopeng, Perak ini mula dikenali selepas menjuarai pertandingan band Bintang Box Office pada lewat 80-an dulu sebelum disambar label PMC dan menghasilkan album sulung – ‘Media 88-89’.

Line-up yang terdiri daripada Akhil (vokal), JP (gitar), Eman (bass) dan E.E (dram) mudah menarik perhatian khalayak kerana selain berbakat, muka pun cute dan hensem! Hahahaha!! Standard la, tipikal industri muzik Melayu!

D’Riyadh dah lama berkubur. Impaknya pun tak la sebesar mana, tapi nama ini terus menjadi sebutan. Ini kerana Akhil atau nama sebenarnya Akhil Abdul Hayy, 37, yang sudah ‘berhijrah’ dan kini cukup popular sebagai ustaz, penceramah dan pendakwah bebas. Rasanya ramai yang pernah dengar atau tonton ceramahnya. Sempoi, kan? Heheh…

Atas bantuan saudara Aliph (rakan se’rock’ aku), kami berdua sempat duduk berborak-borak dengan Ustaz Akhil sementara nak tunggu waktu Maghrib di sebuat mesjid dekat Cheras, tak lama dulu.

Mungkin ramai dari korang yang pernah baca kisah Akhil ni kat mana-mana majalah atau surat khabar. Tapi yang ni aku cuba fokuskan pada zaman rock dia dulu, bila mendapat hidayah dan pengalamannya. Sempoi lepak dengan mamat ni, kelakar pulak tu. Sebenarnya dia dah biasa membahasakan diri sebagai ana dan memanggil orang anta, tapi bila bersembang bab rock, keluar jugak aku, kau, lu, gua semua! Heheh… So, untuk memudahkan, biar la aku letak saya aje.

Apa aktiviti sekarang?

Saya kini aktif sebagai pendakwah dan penceramah bebas. Saya banyak mengadakan ceramah sempena Israk Mikraj, Maulidur Rasul dan macam-macam la event Islam. Tapi itu antara yang bermusim la. Boleh dikatakan hampir setiap hari terdapat undangan ceramah ke merata surau, masjid, sekolah dan pusat motivasi di seluruh negara termasuk la Singapura.

Saya juga masih menyanyi sebenarnya, tapi dalam aura keislaman. Baru-baru ini saya pernah ke Thailand mengadakan konsert kesenian Islam bersama In Team. Selain tu, saya mengajar al-Quran di Ipoh di samping mempunyai perniagaan di sana. Dan, saya juga menetap di Ipoh.

Dulu, macamana boleh terbabit dengan band rock ni?

Biasa la, tahun 80-an adalah era ekplosif muzik rock, kan? So, saya pun ikut sama terpengaruh. Mula-mula biasa la kan, rock kapak mesti start kat kenduri kahwin kan? Pengalaman pertama D’Riyadh kat kenduri kahwin la. Lepas tu pada 1988 kebetulan Ali Bakar anjurkan pertandingan band Bintang Box Office dan kitorang cuba nasib. Tak salah saya masa tu ada 113 band rock dari seluruh negara yang bertanding. Alhamdulillah, kami menang dan dapat offer recording contract daripada PMC.

Konsep asal yang kami nak ialah heavy metal. Ye lah, masing-masing influence Led Zeppelin, Iron Maiden, Loudness, Poison, Motley Crue, tapi terpaksa ikut cakap record company. So, buat la muzik apa yang diorang nak. D’Riyadh sebenarnya tak top mana pun. Kami bertahan tak sampai tiga tahun. Lagipun masa kami keluar album, kebetulan Wings baru meletup. So, diorang betul-betul pukul habis la! Tak terlawan la masa tu.

D’Riyadh tu apa? Bukan ibu negara Arab Saudi ke?

Heheh… saya adalah keturunan Rawa yang banyak bermastautin di daerah Gopeng. Dalam bahasa Rawa, YADH tu bermaksud garisan. Jadi, maksudnya adalah DIRI dan GARISAN = D’RIYADH. Kalau dengar balik intro beberapa lagu kami, ada pengaruh muzik Arab sebenarnya. Saya pulak ada basic dalam pengajian al-Quran, so, lenggok nyanyian pun lebih ke arah itu.

Masa mula-mula buat band dulu macamana?

Susah jugak. Kami takde sapa-sapa yang sponsor. Semua keluar duit sendiri. Cara nak dapatkan duit, kami jual durian kat kampung. Heheh… rasanya cerita jual durian tu ada keluar dalam majalah dulu. Life masa tu pun asyik pikir nak seronok je. Hari-hari lepak kat shopping complex. Biasa la masa tu dah tak duduk dengan orang tua, kira nak cari life yang betul-betul rock la. Heheh.

Dalam banyak konsert D’Riyadh, yang mana satu yang tak boleh dilupakan?

Konsert di Stadium Darulmakmur, Kuantan, Pahang pada 1990. Kami bersama Rahim Maarof dan Gersang jadi opening act untuk Search. Crowd memang ramai gila! Penuh satu stadium tu!! Memang best betul. Paling best sebab semua artis masa tu pegi naik bas khas dari KL. Dan, konsert tu sebenarnya adalah sebahagian daripada babak dalam filem Fenomena arahan Aziz M Osman. Tapi yang keluar Search aje la… heheh.

Err… sekarang pun saya masih mengikuti perkembangan muzik rock tempatan. Saya masih ambil tahu walaupun saya dah macam sekarang ni.

D’Riyadh pun tak lama kan?

Ha ah… Lepas juara Bintang Box Office tu, Ali Bakar offer untuk album kompilasi Hikayat Rok, lepas tu album Pancakara Cakrewala dan kemudian baru la keluar full album debut kami iaitu Media 88-89. Lepas tu memang banyak problem, bermula dengan drummer, E.E yang menarik diri. Lepas tu cuba cari drummer lain, tapi semuanya tak kena, tak ngam sehinggalah kami jumpa A’ah, bekas drummer Ikrar. Sambil tu kami dalam proses nak lahirkan album baru, tapi tak jadi sebab banyak sangat problemnya.

Akhirnya kami tinggal bertiga. D’Riyadh pun dah takde dan kami tubuhkan band trio iaitu Lang Asia. Konon-konon band tu cool la, nak buat stail busking. Dan, masa tu dah rasa otai dan rambutnya pun dah panjang gila. Kira cool abis la! Hahaha! Masa tu kami dengan label Muzik Matahati, milik Pak Hussein, bapak kepada Ruhil. Dia pun merata-rata bawak kami dan janji nak buatkan album, tapi banyak sangat problem dan antaranya ialah duit. Akhirnya semua tak jadi dan habuk pun tarak!

Kami jugak pernah diketawakan oleh M Nasir. Masa tu seingat saya di perkarangan studio TV3 di Bangsar dan Nasir tanya, “Album D’Riyadh sebelum ni jual berapa banyak?” Kami cakap tak banyak la, ada la dalam belasan ribu. Lepas tu dia boleh cakap, “Hmm… kalau banyak tu nak beli ganja pun tak lepas!” Heheh… sampai macam tu sekali dia perli kami. Biasa la, benda-benda negatif dengan rockers memang sinonim kan? Heheh.

Bagaimanapun, kami nekad jugak nak buat album, tapi tak jadi jugak sampai la Lang Asia pun berpecah. Saya pulak cuba-cuba nak buat album solo selepas ditawarkan oleh seorang produser, Yusri Yusuf. Dan, nasib saya malang lagi apabila projek tu pun tak menjadi.

Bagaimana ‘penghijrahan’ itu berlaku?

Lepas Lang Asia berpecah dan projek album solo saya tak menjadi, saya membuka gerai makan di Taman Beringin, Jinjang pada hujung 1991. Ok la jugak, tempat tu kira jadi port mat-mat rock la. Walaupun minat dalam bidang seni tu masih ada, tapi saya dan blur, dah boring serta tak tau mana arah tuju pasal apa yang diharapkan dalam bidang seni semuanya tak menjadi.

Saya rasa penghijrahan yang sebenar terjadi pada awal 1992. Masa tu saya rasa dah tak sesuai duduk di KL. Jadi, saya nekad tinggalkan perniagaan gerai makan, tinggalkan muzik dan terus balik kampung di Gopeng, Perak. Saya kembali jadi budak kampung dan tak buat apa-apa, duduk rumah je. Tapi saya jejak kaki balik ke masjid, dengar kuliah agama dan sebagainya. Alhamdulillah, saya memang sejak kecil dididik arwah abah dengan agama dan itu saya memang tak pernah lupa, walaupun sebelum itu ia kerap saya tinggalkan. Kira back to basic la…

Lepas tu arwah abah bawa saya belajar di Madrasah al-Mustafawiyah atau Pesantren Purba di Sumatera Barat, Indonesia. Di sanalah saya buang segala sifat mazmumah saya yang selama ini terleka dengan dunia. Pengisian peringkat pertama dalam diri saya adalah di sana. Peringkat kedua adalah selepas pulang ke Malaysia dan arwah abah mula mengajar bagaimana untuk membawa jemaah haji ke Mekah sehinggalah saya mampu menguruskannya sendiri tanpa pengawasan abah.

Selain diri sendiri, arwah abah adalah orang yang memainkan peranan besar dalam mengembalikan saya ke pangkal jalan. Dia la pembuka jalan yang sebenarnya. Selain tu arwah datuk saya iaitu Haji Daud Nordin. Dia pun banyak ajar saya.

Bila pulak start berdakwah secara serius?

Tak salah saya tahun 1994 ketika bekerja sebagai guru al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga (PPK), Ipoh. Banyak la ajar al-Quran terutama di pusat-pusat pemulihan akhlak. Dalam masa yang sama PPK juga mendidik saya menjadi penceramah. Ceramah pertama saya adalah di Kuala Kangsar pada 1996. Lepas tu orang mula kenal dan kedudukan saya sebagai penyanyi sebelum tu sebenarnya membantu jugak. Bagaimanapun orang betul-betul kenal saya selepas mengadakan ceramah di Kajang pada 1998. Ha… bermula dari situ orang sudah mula mengundang saya secara solo, tidak lagi sebagai penceramah undangan. Sebelum tu banyak jadi opening act untuk alim ulama lain.

Macamana keadaannya masa mula-mula dapat turning point atau taufik dan hidayah tu?

Masa tu muzik pun tak nak dengar dah! Buat pertama kalinya dalam hidup saya, jiwa saya tak boleh menerima muzik. Tapi ye lah, kita masih hidup di alam nyata dan belum lagi di syurga. Jadi, ada cara hidup di dunia yang boleh membuatkan kita tidak terlalu asing di mata masyarakat. Jadi, dalam masa saya memantapkan diri, mengaji, saya masuk ke dalam masyarakat. Dalam erti kata lain, saya adalah umat pertengahan – tidak terlalu fanatik dan tidak terlalu mengambil tahu.

Yang penting, apa yang Allah swt perintahkan, kita mampu untuk lakukannya, maka lakukanlah. Simple je. Allah swt akan tunjukkan mana yang baik dan tidak. Saya memilih untuk terus menyanyi, tapi dengan aura keislaman kerana saya tahu seni adalah salah satu alternatif yang boleh mengajak remaja.

Pandangan ustaz mengenai generasi baru rockers ni?

Dulu tak semua rockers yang berpendidikan tinggi macam sekarang. Tapi saya perhatikan banyak rockers sekarang ni mudah terpengaruh kepada perkara-perkara tak betul terutama ajaran sesat. Kita kena agak-agak la, dalam mengenali Islam ini tiada jalan pintas. Bukan just terus berubah je! Kena duduk dulu beruzlah.

Saya nampak rockers sekarang ada visi, tapi mudah sangat terikut-ikut. Jadi, kalau dah ada basic agama tu boleh lah balancekan. Kalau tidak boleh terjerumus sehingga sampai ke peringkat di mana dia boleh katakan apa saja yang dilakukannya adalah dakwah, tapi dia tak tau haram itu tetap ada. Prinsipnya kena memahami, bukan main belasah je. Kalau belasah saja tu la yang melingkup tu!

Ceritakan keindahan di pentas rock dan pentas dakwah. Mesti banyak perbezaannya, kan?

Tentu sekali. Bagi saya, pentas rock hanya untuk orang muda saja. Dulu kalau show kita ramai yang datang, crowd pulak sporting dan kita dapat menghiburkan orang lain dengan muzik rock, itu sudah dikira sebagai satu keindahan dan kepuasan maksima. Kira zaman tu apa yang Poison dengan Motley Crue buat, kami pun nak buat sama! Hahaha!!

Tapi pentas dakwah ni lain. Pertama, kena berhati-hati kerana saya bercakap mengenai hukum agama. Di depan saya pula adalah alim ulama yang lebih senior dan lebih berpengalaman. Alhamdulillah setakat ini saya belum pernah menerima teguran daripada mereka.

Itu memang cabaran besar bagi saya kerana saya tak punya apa-apa. Lebih-lebih lagi dengan latar belakang saya sebelum ini. Tentulah saya akan dipandang sebelah mata oleh golongan terbabit. Tapi syukur kerana dengan pertolongan Allah swt, ceramah saya terus diterima.

Keindahan sebenarnya itu kita kaitkan dengan agama pada jalan dakwah dan jangan hipokrit. Cakap apa yang dirasakan perlu, tapi perlu diisi dengan ilmu tarbiyah dari segi penyampaian supaya ia boleh diterima ramai. Indahnya juga apabila perhimpunan atau majlis ilmu itu dinaungi malaikat. Saya juga tahu di mana level saya sebagai penceramah di mana khalayak akan menilai saya.

Bagaimanapun, saat paling indah ialah apabila semua pengunjung ceramah saya sama ada orang tua, muda dan kanak-kanak berzikir bersama. Itu menunjukkan perpaduan dan itulah ketenangan yang tidak saya dapat semasa membuat persembahan di konsert rock dulu. Dulu bila bawak lagu When The Smoke Is Going Down dah rasa tenang, rileks, tambah pulak diiringi crowd yang beramai-ramai menyalakan pemetik api. Memang la tenang, tapi bukan as-saqinah seperti yang kita dapat ketika khusyuk dalam sembahyang.

Selain berceramah, ustaz masih menyanyi lagi. Dalam masa yang sama terpaksa berhadapan dengan alim ulama lain di depan pentas. Rasanya susah jugak ye?

Memang susah terutama untuk menyesuaikan diri. Kadang-kadang jadi dilema. Contohnya dalam satu majlis persembahan, ramai penontonnya adalah di kalangan remaja dan dalam masa yang sama ada juga golongan alim ulama. Saya tak boleh lebih-lebih sangat. Golongan remaja itu pulak tak mahukan stail tok-tok guru kalau saya berkonsert, diorang nak saya sebagai artis!

Saya perlu tackle semua orang. Memang susah dan jawapannya saya tak boleh. Sebagai manusia biasa, saya memang tak mampu jika dalam situasi begitu. Cuma pada saya, jangan jadi hipokrit dan buat apa yang terbaik. Alhamdulillah, golongan alim ulama itu tidak menolak hiburan. Mereka cuma menjaga kepentingan masyarakat supaya kita sama-sama ingat bahawa berhibur itu boleh, tetapi sama-samalah kita kawal.

Sebenarnya kedudukan saya ni susah jugak. Dulu orang dah kenal saya sebagai penyanyi rock, tapi dengan keadaan sekarang ini saya masih menyanyi. Mungkin ada yang ingat saya membawa pengaruh baru walaupun saya sudah berserban dan berjubah. Tapi alhamdulillah selepas 16 tahun saya berdakwah, semua orang boleh terima saya dengan baik. Maknanya saya yakin dengan apa yang saya buat. Niat saya suci dan ikhlas untuk mengajar orang dan saya jaga batasannya sehingga akhirnya boleh diterima orang.

* Akhil sekarang menetap di Ipoh dan memiliki kedai menjual peralatan ibadah, buku, pakaian, kaset, vcd ceramah dan aksesori. Kedainya yang bernama AKHIL HAYY RAWA ENTERPRISE terletak berhadapan taman tema air Lost World of Tambun, Ipoh. Sejak 1995, dia berkahwin dengan Maizawati Zainal, iaitu salah seorang peminatnya ketika bersama D’Riyadh. Kini dikurniakan empat orang anak, dua lelaki dua pompuan.

- ara payung -


sekadar perkongsian...
artikel ni aku copy paste dpd http://rockterusrock.blogspot.com/
nak bace yg ori,sile gi blog tu ye...
tq sesangat sbb tulis bende yg bley bagi input kat remaje skg



p/s-gitar,gitar jugak, dah solat blom...

Tuesday, May 19, 2009 2 Comments

tersentak


ye...
aku tau la ni dah melanggar adat pantang larang org2 yg tgh peluh2 gigih nk tunggu bape jam lg nk tulis atas kertas jawapan (maksudnye exam la tuh..) utk meng'update' belog tp ntah le tibe2, rase cam sunyi sepi kaw kaw punye. aku bukan cam org lain , relax je ngapdate belog time exam cm senior aku- pidah n syakila or pokjak. maybe diorg dah lame sgt abes setadi and rase dah muntah kalo tambah setadi. bestnye jadi cam diorg. rilek je aku tengok..

aku macam biase, xyah tanye la tgh watpe, time aku belek2 belog, ade gak la terbace belog2 org yg slalu aku duk bace. em,nmpak cm sedih la smenjak due manjak ni. banyak sgt bnde jadi, pastu aku relatekanla ngn aku punye life.

cume, bile pikir2 balik....umo cam aku ni...kalo nak dibandingkan ngn umo cam aku gak, tapi dalam condition org lain, kire mcm jauh beza la plak. dpd segi macam2. tapi memang r kite xleh ukur ikut main sedap ati sebelah kanan jek, tapi pikir2kanlah...org2 lain time ni tgh push sbb diorg dah nampak cahaye molek kat depan, tp org2 setengah2 ni tgh push gak tp push bende lain...

ramai yg paham konsep, tapi bile nak zahirkan, susah sesangat. x kisahlah nak ckp psl kisah ape, tp generally speaking, camtu gakle aku pikir and banyak kali la bnde2 ni terkena batang idung aku sendiri...

duk main nak itu, nak ini, nak yang tu, nak yg ini, tapi ade ke usaha ke arah bende tu? setakat usaha cam ciput...pastu harap ade tuah...sampai bilela xkan berbuahnye mimpi tu. eh, silap. xkan bergoleknye mimpi tu bile tak mimpi. eh, ah, lantaklah frasa ape nak gune..

tengah kite duk sebuk sangat pikir psl bnde2 remeh....org lain sebuk duk pikir psl hidup ngn mati. taknak ulas banyak2 sbb mostly org yg cepat pickup die bley tangkap ape yg aku nk sampaikan. unless, tulisan aku yg ni mmg tahap low class punye. patut r takleh paham..

bukan gak nak bg motivasi tapi , kalo kite ade rezeki lebih...atau dpt kejayaan..atau pun dpt bende yg kite nak...atau pun kite tak dapat lansung ape yang kite nak...atau kite dapat bende yang kite memang taknak...

maka,

tengoklah org2 yg lagi sesangat tak bernasib baik dpd kite.


bersyukurlah....

selau sangat bende yang kite tak nampak,kite nak sesangat, tapi bende yang ade dlm tangan ni kite tak pandang pun..cam, time aku ade barang2 baru, then bile hilang or pecah, baru r terase kehilangan and rase nak jage bende tu baik2...selame ni tak pernah...




in case kalu tengok yg superior dpd kite...mmg kite xkn rase manisnye susah tu. tak mau ulas banyak2...


konklusi betol2nye...aku, kamu, korang, kite, tak kisahlah sape2....takkan dapat belajar tentang kehidupan jika tak pernah merase kesusahan.
sekian.




































betul..
raselah susah dulu...

Sunday, May 17, 2009 Leave a comment

guitar start pack for sale

BEST OFFER!!!



salam...
ok,kat sini ade gitar letrik for sale
available only kat mansurah (mesir)
ni bukan style e-bay..
bukan juge lelong.com..
bukan juge murah.com..
tp goreng-gitar.com..ceh
yg pentingnye,korang x perlu turun cairo or alex utk cari bende ni..
barang baik....
byr cash,amek terus..ok?




HARGA : LE 1200 ( with shipping price is included, maksudnye delivery la nih.dihantar terus kat umah korang!!!!), sahaja setelah didiscount secara tak rela (gurau la!)


pakej sekali gus
gitar letrik + amplifier + personal cabel + beg gitar kiut + tali gitar (stay-in-tune import dari Malaysia neh!) + 2 extra tali gitar free + 2 pick free + 1 tool kit



gitar letrik hitam campur tremolo


amplifier




beg gitar kiut



tali gitar import dpd Malaysia


item free...tali gitar + pick + skrudebar (kot)?





extra item available now (optional)
effect overdrive best offer
harga : cume LE 360 saje!!!
terhad...




untuk tempahan, (maksudnye nak la tuh) sila hubungi
aku - 0113576227
atau bg offline msg kat ym - mas.acoustic
atau bagi je msg kt blog ni
atau...
ah..nak, silelah cepat!

Tuesday, May 12, 2009 5 Comments

lagu musyrif

sila download kalu nak dengar (dinasihatkan pakai headfon or sewaktu dgnnye utk bunyi lebih jelas..)





sorila sume sbb awal2 publish,lupe nk convert ke mp3 dpd wav,sbb bnde ni eksperimental je r.tp ramai plak yg dh download wav (huahuahua). bkn serius pon. xyah kerut dahi pon .cehwah.
ni link download utk file mp3----->


http://www.4shared.com/file/102873671/240c8e0a/musyrif_-_goreng_gitar.html





link download utk file wav---> (x sangka plak stakat ni dah 35 org yg dh download file wav.huahuahua)


http://www.4shared.com/file/101889156/51140286/musyrif_-_goreng_gitar.html





buleh dgr kat imeem----->






musyrif - goreng gitar.mp3 - goreng gitar






atau dgr kt sini kalu rajin---->


musyrif - goreng gitar
musyrif - goreng g...
Hosted by eSnips






MUSYRIF
by goreng gitar

pertama kali ku dengar

agak terasing ku rasa
telinga panas membakar
disuruh berteman pula

aku yang keliru
fikiran jadi buntu

pernah satu ketika
hingga aku terlupa
misscall banyak nak gila
henfon ku silent pula

habis meradang dia
sekali tengok macam singa
tapi ku tak cuba pujuknya
ikhtilat kena jaga

chorus
biar dimarah
biar dikerah
biar luka bertambah parah
itulah amanah (amanah)

mereka yang tak suka
hakikatnya begini
menjaga dan dijaga
disini...



*** sblom lupe, utk yg duk outside mesir, musyrif ni mcm supervisor, in case kalo pompuan mk kuar time mlm,kne ade laki jaga/teman sbb kt sini bahaye gile ding dong, minimum 2 pompuan + sorg laki...



p/s- lagu ni aku buat sempena ngn suke duke aku pnah jadi musyrif. touching tuh wei. xde keje sangat...so, dedicate pada sang musyrif, juge pade yg dimusyrif.bg smangat sket pd sang gigih musyrif..xde istilah kontroversi ye..bg yg paham sistem, beres, bagi yg x paham sistem, dgr la lagu ni..studio kat bilik aku, teratak asada. lead,gitar,base,keyboard,drum,vocal sorang je bolot.papehal, tau r vocal tu buruk tp mesej tu penting...papepon, sila dowload kat link yg aku sediakan kt atas tu.dgr jgn x dgr ye...tension tu tolak tepi jap..k,study leklok sume,exam aku 2 minggu lagi..yeah yeah~~~

Sunday, April 26, 2009 9 Comments

if...


If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or, being lied about, don't deal in lies,
Or, being hated, don't give way to hating,
And yet don't look too good, nor talk too wise;

If you can dream - and not make dreams your master;
If you can think - and not make thoughts your aim;
If you can meet with triumph and disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you've spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to broken,
And stoop and build 'em up with wornout tools;

And if I could bring myself into the 'perfect area', there would no such thing called manusia...

I do wrong and also us...















...

Monday, April 20, 2009 Leave a comment

idup sorang2






maybe someday aku bley gak wat cenggini. xyah susah2 kumpul org2 yg x nk. banyak mksud ni..skg ni musim memachokan diri. berkerut je dahi...

better idup sorg2 dpd mengharap
pertolongan org yg x menampakkan btg idung serius. tp xyah r slalu. nnti jd cm kera sumbang. bkn sumbang mahram. bkn juge mohram. ramlah ram lg la...maybe diorg lupe kot...kan best kalo ade sum1 yg peka. cepat pickup. penat sgt. amatlah penat. fahamilah. senyum tgh recover. cool je.. mcm kamu. (pergerakan yg pelik) tq. hey, im ok...



Alone to cry
Alone to laugh
Alone to smile
Alone to frown
Alone to live
Alone to die
Alone to wander
Alone to discover
Alone to learn
Alone to live
Alone in pain
Alone in hurt
Alone in joy
Alone in the morning
Alone in the night
Alone in the afternoon
Alone in this life
Alone in this world
Alone in boredom
Alone in knowledge
Alone in this state
Alone with people
Alone at work
Alone right now
Alone when I was born
And alone when I will die
Alone walking through life
Without any pride
How can you be satisfied
Living your life like you do
When you know there is some one out there
Who could really use a friend like you
No one will know how I live
No one will know who I am
No one will ever get to know me
Because I am destined to spend my life alone
I am always alone.
It’s no fun to be alone
To do everything on your own
To live with no recognition
To share my pride with no one
Wanting to have someone
To live my life with
But for now
I will continue alone
And all alone






tp janganlah idup sengsorang. x elok. esh... kite kn saling memerlukan. x gitu?

















senyum dah.... :D
nota berlebihan? silalah sambung...kamu.

Sunday, April 12, 2009 5 Comments

gelenya

Kenape la ramai sgt kite yg duk nampak bnde2 kecik tapi bende besar gedabak kite buat2 tak nampak. pelik la. makin lama makin galak. Tak tahu la...

ok, proceed utk kelas bhs kite.

hari ni kite nk blaja 1 word.

"GELENYA"

kalo dibaca cepat, maka bunyinye 'gelnya' ( gel-nya ) . Word from negri cek siti. Maksudnye emmm...gatal, miang, x sedar diri, muka mintak penumbuk etc.

contoh ayat ~ Eh! Nape kamu gelnya sgt harini?



Utk si gadis ayu, boleh wat ayat cmni ~ Hmmm...x suke la aku bdk ni. Suke sgt kacau aku. Aku x lyn pon die. Gelnya la die ni. (utk pompuan yg slalu diganggu laki tru ym/face 2 face )



Utk laki bajet macho ~ Hmmm...nape la pompuan ni gelnya sgt ye...abes satu, satu ni pulak die sapu... ( utk laki yg rase diri die baik sgt...dan utk laki yg xde keje lain slain duk ngusha org je ) Tapi diingatkan, laki xyah la pakai word ni. kasar weyh.






Pastu diingatkan jgk kt sape2, jgnlah anggap sorg tu gelenya without check dulu. Kalo btol2 die gelenya, baru bley iktiraf. Kalo x, jgn tarik muka ye. Kesian org2 yg x bersalah.

Kne la tau beza gelenya & bukan gelenya...




Ya Allah...
Ampuni kami...


Saturday, April 11, 2009 6 Comments

hero hindustan!


biar kne belasah, hidung berdarah, telinga merah, hati parah,
namun,


jadilah
HERO HINDUSTAN!!!
org klate panggil 'nustey'

yg selalu kalah awal2 tp last2, abes kiok sume musuh die...


argggghhh

abes la korang!!!!!!!!!!!


yeah!!!!

Sunday, April 5, 2009 2 Comments

masa bermain sudah habes?

amacam? comel x rak buku yg kesepian tgh menyorok blakang tuh?ubai mesti jeles ni..


Huhu..
Berjumpe lg kite dlm tuuuut...haha. Sori r sume. Ni sume salah seseorang yg paksa den meng'hapdettkan' blog huduh ni. Ade gak yg tanye 'bile nk lukis lagi?'. 'Bile nak goreng gitar lagi?' , 'Bile nak kawen lagi?'. Cess. Jangan ckp ngn aku psl kawen. Sbbnye, kalo korang nak kawen, kawen je la. Jgn duk sengeh2 kat aku. Nanti aku yg prasan (haha). Ni dekat2 exam ni ramai gile yg nk kawen. Lantak diorang la..diorang mampu (ayat xleh blah...dah xleh kawen bg alasan plak...). So, kpd yg balik summer ni nak akad nikah, jgn lupe r ajak aku. Nak gak aku merase bwk kete sndiri..(eh xnk rase nasi minyak korang pon.haha.xde kaitan). Tapi siyesla, skg ni mmg ramai tgh meng'settle'kan diri nak kawen. Huhu. Memang debush r lepas ni. Makan besar la aku (pehal ni?)


Ok, disebabkan aku ni xnk mengarut (mcm ade org ntah hape2 mengarut dalam blog die), so aku nk ckp la bahwasanye exam final aku mmg dekat gilo. Nape aku cuak? Ngok la sape x cuak. I mean, weird la sape x takut (kasarnye bahasa die...).



Jadi,exam ni penting gilo bagi aku sbb ni r yg menentukan aku dpt naik thn 3 or x. Seksa dowh (aku rase la kot) repeat tahun. Mane tempat persembunyian yg nk aku cari bile balik kampung nanti.



Time ni jugaklah aku baru start nak betol2 minum air rebusan buku tuh. Sblom ni aku main2. Main2 yg teramat sangat r! Mid term exam pon wat cincai. Pastu pdn muke markah pon cincau + bandung = bancau campak ke tanah.


Nyesal tak sudah. Tapi kan, time last2 ni la baru ade semangat nak jadi 'aktif' dalam kuliah. Haha. Mau taknye, Doc ajar mmg sebijik dalam buku, so, sila duk blakang, then bukak buku, pastu jawab dgn cepat bile doc tanye. Then doc ckp 'bravo!'. Buleh je wat camni tapi malas je...



Tapi aku respek arab la. Mostly g kuliah bwk sehelai kertas jek. Exam,fullllllll markssss plak tuh. Cess. Mengganggu konsensussaasusterasi aku btol la gini.



Aku bukan ape, bukan asek duk ckp psl exam ni nk tuduh aku skema gile dindong, tapi kan...kalu duk terus lepak melepak ala kapak cenggini...akan kiookklah nanti bile kuar result.



Ahah. Pastu kan aku nak tanye korang, sape yg tau psl freemasonry kat Malaysia? Buleh kongsi ngn aku k? (tgh excited study pasl natang ni) Makin hari, makin byk plak maklumat psl natang ni yg ade kt tenet. Dulu time form 4 aku ade masuk ISM Young Achievers . ISM stands for institute of surveyors malaysia (lebih kurang r....) . Bile aku aku tgk2 balik sijil aku, tgk2, logo ISM ni ade lebih kurang logo yg gedabak punye cincau ni. Pelik? Try korang plak komen.


logo gedabak cincau freemason




logo ISM


Kat youtube pon ade gak...
http://www.youtube.com/watch?v=sNlqQbgKFF8







MASA BERMAIN DAH ABES LA OIIII !!!! YEAH!!!


Papepon, doakanla kawan2 aku berjaya dlm exam ni & naik tahun. Dah doa untuk kawan2, baru doa utk aku plak ye?






-kpd 'bdk tuh', ni tangan ni mmg dah ter'kurang ajar' menghapdetkan diri.haha.jgn jeles~~

Monday, March 30, 2009 8 Comments

« Older Posts Newer Posts »

Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter