Belajar memahami...~



Suatu kisah pada zaman dahulu kala...


Pada suatu petang yang amat dingin, kelihatan Si Alex the Lion sedang melayan lagu-lagu 60-an di kamarnya. Beralaskan cadar katil yang berbelang-belang seperti kulit harimau, Alex amat senang hati meng'surf' internet menerusi laptop cikainya. Wireless. Ah, itulah teknologi...bisik hatinya.

Tiba-tiba, kedinginan petang itu diusik oleh satu instant message yang dihantar kepadanya. Seorang kawan, yang dikenalinya, meminta dia untuk melihat-lihat laptopnya yang rosak. Cikunguya, si kucing comel memberitahu bahawa skrin laptopnya menjadi gelap. Abnormal. Anomaly.

Cikunguya berkata bahawa dia pernah mengalami masalah sebegini di Malaysia dan pernah menghantarnya di Low Yat untuk dibaiki. Hanya masalah bulb atau bahasa Melayunya, mentol. Tidak susah. Hanya perlu hantar kedai. Dan Alex diamanahkan untuk menjaga serta menghantar laptop kucing comel itu ke kedai komputer.

Alex, sebelum menghantar ke kedai, dia terlebih dahulu berjumpa dengan Waniyos, seorang dentist yang berpangkat mejar dalam industri pengkomputeran. Setelah digodek-godek sekian lama oleh Waniyos, akhirnya, dia mencadangkan Alex menghantar laptop itu ke kedai Arab. Ini masalah hardware, bukan software,..katanya.

Jadi, berjalanlah Alex merentas tanah berpasir, lumut menghijau, selut kecoklatan untuk sampai ke kedai Arab.

Setelah diterangkan mengenai masalah yang dihadapi oleh laptop tersebut, Arab bersetuju membaikinya dan menyuruh Alex datang 2 hari lagi dari jam 12 tengah hari hingga 9 malam.

Tepat 2 hari selepas itu, setelah penat bersiar-siar di Damiette, Alex berkejar ke kedai tersebut yang mana memakan masa beberapa puluh minit. Misinya tercapai. Tiba sebelum jam 9 malam. Hasilnya? Berita buruk yang diterima. Arab menyuruhnya datang 3 hari lagi. Inilah sikap Arab. Tidak hairanlah Liga Arab tidak mampu menyelesaikan urusannya.

Alex semakin tegang.





Tibalah masa yang dijanjikan. Ahad malam Isnin. Alex berlari-lari gembira ke kedai Arab. Berita baik yang diharapkan. Kemudian...Arab berkata. Kamu tambah lagi 1500, kamu boleh dapat laptop baru. Aik? Apa perasaan si Alex? Apa perasaan penonton? Apa perasaan pembaca sekalian?

Alex menjadi berang. Kuku yang disimpannya selama ini dikeluarkan. Zuuppp! Alex mengganas. Mahu dicakar-cakarnya Arab itu. Kelihatan si Alex masih boleh bersabar serta menggunakan pendekatan merayu beserta mendesak supaya dikembalikan laptop tersebut. Lain yang disuruh, lain yang dibuat. Inilah Arab! Arab menyuruhnya datang selepas ini. 2 jam setengah lagi. Inilah perangai Arab!

Namun, Alex semakin resah. Perasaan marah silih berganti bersama takut...

Alex mengajak sahabatnya, Marty si kuda belang untuk mengikut bersama ke kedai menuntut laptop yang diharapkan. Sesudah habis bertikam lidah dengan pekerjanya, lalu keluar pula bosnya. Bosnya agak pandai berbahasa penjajah. Bahasa Mat Salleh. Bosnya berkata, laptop HP tersebut memang tidak dapat dibaiki oleh haiwan-haiwan HP di Mesir. Akhir kalam, dia memberi wang 1000 sebagai insurans Hp kepada pemilik laptop yang hampa separuh jalan terbaiki tersebut.

Bagai tikus membaiki labu. Itulah perumpamaan paling tepat yang dapat Alex gambarkan kepada sikap pekedai komputer terbabit. Bila sampai di rumah Marty, Alex mencuba untuk meng'on'kan laptop chikunguya. Ternyata sangkaannya tepat. Lansung tidak menunjukkan sebarang tanda untuk bernyala lampu-lampu kecilnya. Sudah semakin rosak laptop itu!

Alex semakin resah. Apa yang mahu dijawabnya pada Chikunguya nanti...

Sekepulangan Chikunguya daripada Cairo, Alex terpaksa berterus-terang. sedaya upaya Alex memberi gambaran gembira kerana mahu menarik perhatian supaya kemarahan Chikunguya dielakkan. Laptop semakin rosak, tetapi Chikunguya dapat duit 1000. Mungkin kerana gaya alex yang terlalu 'tidak pandai' memujuk atau berjenaka, lalu muncullah kawan kepada Chikunguya yang mana cukup dikenali Alex, Nortia, memarahi Alex. Nortia seperti 100% menyalahkan Alex atas kerosakan laptop Chikunguya. Nortia berkata, jika hantar 1 lagi laptop, apa entah akan jadi. Kalau tak tahu, buat cara tak tahu! Yang pergi hantar kepada Arab kenapa?

Alex naik marah...tapi, apakan daya. Amarah Alex terpaksa dihadang oleh kata-kata yang 'berlapik' disebabkan ketahuannya Nortia ialah seorang perempuan. Apa yang pasti, Alex dan Nortia gaduh besar sekarang. Tapi kenapa? Alex tidak pernah terpaculnya hasrat ingi bergaduh dengan Nortia dalam kepalanya selama ini. Seolah-olah memang tidak akan berbaik semula Alex dan Nortia.

Seingat Alex, dia pernah berkata kepada Chikunguya, bahawa dia tidak tahu apa-apa tentang hardware. Lalu Chikunguya pula berkata, "Saya percaya awak...."

Adakah Alex betul-betul bersalah...Adakah Alex yang merosakkan laptop tersebut. Biarpun Alex menafikannya, tetapi adakah Chikunguya betul-betul okay atau sengaja senyum atau melayan kerenah Alex hanya ingin menjaga hati Alex? Malu Alex untuk melihat muka Chikunguya selepas ini.

Apa yang mungkin betulnya, Chikunguya pada masa ini masih bersedih...Rambut sama hitam, hati lain-lain. Luar senyum, dalam sakit.

Alex?

Alex hanya berfikir. Dia menjadi semakin fobia untuk bersikap "menerima" selepas kejadian ini. Adakah pertolongan Alex tidak diperhatikan betul-betul oleh Nortia? Adakah Nortia mempunyai api kemarahan yang amat sangat terhadap Alex? Selagi mana Alex menolong, selagi itulah Alex dikecam. Dan kejadian ini juga telah menyebabkan Alex semakin jauh dengan ilusinya...Alex perlu lebih belajar memahami.












Sekian cerita 'skema' haiwan dari Madagascar.

Friday, February 13, 2009 Leave a comment

Kenanganku...alahai~

anak raja kata, bubar dun skg gak! hehe.... selambe x?





sekian..jangan marah lepas bace ye?

Sunday, February 8, 2009 10 Comments

Tua ditebuk tupai...~

Okay, ni hasil ketiga waktu cuti. Try tengok jap...


Tua ditebuk Tupai


Start lukis, sblom asar kot...abes 4.30 pm. Cari idea kat umah Hanif. Tibe2 dapat idea kelapa tue...Tengah menumpang kat umah orang. Cuti kat umah orang. ah..sume umah oranglah..






"Tua Ditebuk Tupai"
an illustration of "saje-saje"







Entahlah..dah tak tahu nak lukis ape, tibe2 teringat kelapa kne tebuk sang tupai. Pelik, tapi idea tu je yang muncul...nak describe lebih2, ala..paham2 je lah...Entah, entah dah entah...no komen...hmmmm
Nampak gaya , ni worst drawing...aduhai~

Wednesday, February 4, 2009 2 Comments

« Older Posts Newer Posts »

Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter