cover the chest and also the shoulders



i found an adds through my fb and i decided to modify it.cover the chest..and also the shoulders!u'll be very very very beautiful~~~ :)

Thursday, January 27, 2011 Leave a comment

aku suke djembe


Aku suka sgt alat muzik ni. Namenye, 'djembe'. Asal, Afrika. Bukan macam gendang ibu dikir barat tuh, tapi ni ala-ala rumba.

Ada 1 hari masa aku ngan family ada kat Sarawak, kitorang pi makan kat 1 kedai makan ni. Restoran 'ayam penyek'. Makanan tu popular kot kat sana. Yang menariknya, kat kedai tu, ada la 4 orang ni, dah tahap datuk kot, style reggae gitu.

Sorang pakai topi Bob Marley yang belang hijau kuning merah tu, die main gitar solo. Sorang lagi 'ridem' lah. Hehe. Sorang main bongo. Last skali, sorang tuh main DJEMBE.

Diorang x pakai amplifier, xde microfon, xde speaker. Tapi muzik diorang main sampai satu restoran dgr. Padahal, diorang ni geng lepak2 je kot.Hujung minggu. Pastu, muzik diorang..mak aih..profesional. Itu yang aku dpt gambarkan. Bunyi clean, lembut, tenang..sumenye unplugged, x main karen2 nih. Akustik sumenye. Main lagu? Lagu 'ayam den lopeh'. Haha...

So, start dpd hari tu, aku mula nak kenal djembe ni. Seronok tgk orang main.

Ade dah jumpe kat kedai muzik di Maadi,Cairo. tapi harga LE400 bersamaan RM200+. Berbaloikah? Ngeh3... Mane tau 1 hari nanti bley main lagu "Sebiru Hari Ini" versi akustik dengan djembe skali?hehe...




p/s - Teringat lecture commed,doktor ckp psl ergonomic. Metro underground cairo yg design kerusi die besar standard design France. Tp..on da way nk gi Maadi naik metro..Arab sendat je duduk kat kerusi tu. Terlebih ergonomics kotss? Ngeh3...Sian orang jepun...

Thursday, January 20, 2011 Leave a comment

teruskan perjalanan ini ye teman-temanku


Segala puji hanya untukMu Ya Allah, selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Aku tak pandai menulis. Meskipun berpuitis. Jika disandarkan pada sesuatu, maka barulah ayat silih bersimpul. Kalau tak ada, alamatnya merapu seribu bahasa. Haha. Ah. Jiwang. Jangan suka main tipu. Nanti orang tak yakin kita mampu.

'Orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa'. Ketepikan soal orang berbudi, kerana entri ku ini memang bersifat berbudi. Apa yang aku nak tekankan ialah frasa pertama;- 'orang memberi...'. Oh. Kalau terkeluar saja pasal 'memberi',tup-tup blog Saifulislam juga yang keluar. 'Erti hidup pada memberi'. Haha...

Hmmm. Point terkeluar lagi. Melalut saja.

Kembali pada trek.

Pertama kali ku terdengar tentang adanya 'semboyan' menubuhkan 'jentera bakteria', aku tersentak. Di saat rakyat menangisi hukuman universiti yang bakal diterima jika ingkar, mereka tampil dengan idea berani. Ya. idea menubuhkan team tutor mikrobiologi.

Cukup elegant. Aku memandang ini sebagai langkah tambahan kepada 'pasukan' yang sedia ada aku sertai. Mungkin yang ini, sebagai pemain tambahan, fokus separuh masa kedua, atau menjadi super-sub pun...jadilah.

Senyuman terukir tatkala menjeling dua lagi teman seperjuangan menumpahkan dakwat di atas kertas memenuhi kouta tenaga pengajar tutor.

Terharu. Itulah perasaan yang dapat ku gambarkan. Tiga putera diapit 3 puteri yang sentiasa tampil dengan ragam berbeza. Mungkin gaya bahasanya yang satu itu layak dipanggil bakal ayah. Dan daripada situlah kekredibilitiannya terus diangkat menjadi pemimpin 'skuad bakteria' ini. Pertemuan pertama ditanam dengan benih-benih semangat yang tak lekang dengan senyuman. Mungkin sahabatku ada menyimpan sekeping potret barisan pertama sebagai kenangan. Tersenyum keriangan semua. Masih ingat? Seolah-olah mirip cebisan kenangan barisan tentera udara negara matahari terbit yang bergambar kenangan bersama senyuman, begitu bersemangat sebelum menyerang Pearl Harbour dan kesemuanya yang menyematkan semangat kamikaze terkorban. Macam tulah kita kan?

Sepanjang bersama, skuad yang dibentuk ini amat unik. Eksotik. Fantastik. Berbeza dengan yang lain, skuad ini tampil dengan gayanya yang tersendiri. Konsep multitutor dan sebagainya, menceriakan suasana. Siapa yang tak suka, jika setiap kali ke depan, senyuman tak lekang, ketawa nan riang, sudah pasti mampu melebarkan bibir yang juih serta meredhakan benak yang meledak. Datang dengan emosi, pulang riang dengan toleransi.

Sungguh. Setiap kali perjumpaan, tak lekang dek ketawa teman-teman. Ketawa ubat terbaik, kan? Point dihurai dengan perbincangan yang teliti. Ditambah pula dengan gelagat individu yang sentiasa mengubat hati. Juga mahu diselitkan , situasi caring to each other. 'Kalau demam, makanlah antibiotik , cari madu atau tidur dengan selesa. Haha. Bunyi atypical tapi sebenarnya typical bagi mereka serta sedikit sebanyak 'mengalihkan' kesakitan yang sedang dialami.

Masa tak pernah menunggu kita. Dan masa tak pernah memujuk kita untuk mengikut arus atau telunjuknya. Dan daripada itulah, aku menyedari ada lagi tugas yang belum selesai. Sesuatu yang sukar ku gambarkan. Mungkin dengan alasan bertulis, maka ianya senang difahami. Bagi aku, lebih baik angguk daripada geleng. Setuju dengan tersurat berbanding tersirat. Lebih baik begitu jika tidak masih termanggu-manggu. Aku membuat keputusan untuk mengundur diri.

Apa yang penting, pemergianku dari kalangan kamu janganlah dipandang, ditatap, disemat sebagai baji yang sentiasa condong ke arah negatif. Dan ketahuilah, aku juga berat hati meninggalkan 'skuad bakteria' yang sudah seperti adik-beradikku.

TUTOR. Kita bukan mencari publisiti. Kita bukan mengangkat diri. Kita bukan meminta untuk diresepsi. Kamu semua 'memberi' kerana Allah. Ingat pesanku wahai skuad bakteria, " Seorang guru yang baik bila mana dia mengajar tanpa menjeling sesaat pun pada manuskrip atau buku di depan mata". Sesuatu yang ku reka, usah membankang berjela-jela, ada kalanya ianya menjadi nyata. Dan ku rasa mampu menjadi logik akal. Hanya jika anda berada dalam linkungan atau situasi 'mengajar' suatu masa nanti.

Jadi, teruskan perjuangan 'memberi' wahai adik-beradikku;- Suhaimi, Fattah, Nadhirah, Anis Ezzah, Dayah duta...Jangan putus harapan, ingat ganjaran yang dijanjikanNya suatu masa nanti.
Aku juga masih seorang tutor, masih lagi bersama dengan kamu, hanya skuad yang menjarakkan. Moga semangat kita tak pernah luntur... Meninggalkan kamu semua seolah-olah kehilangan sesuatu yang amat berharga!

Terima kasih kerana sentiasa membuatku tersenyum...!

Selamat meneruskan perjalanan wahai skuad bakteria!


p/s : saye nak lukis komik perpisahan utk kamu semua tp saye xde scanner utk upload ke sini.. :'(

Tuesday, January 11, 2011 6 Comments

inspirational video...esok kan nak exam?kan?




inspired? yes, it is.

"Let go of the past,
and never give up!"


-this's a catchy quote




live life cool.smile.appreciate.

Monday, January 10, 2011 Leave a comment

invincible

07-muse-invincible.mp3

Follow through
Make your dreams come true
Don't give up the fight
You will be alright
'Cause there's no one like you in the universe

Don't be afraid
What your mind conceives
You should make a stand
Stand up for what you believe
And tonight
We can truly say
Together we're invincible

During the struggle
They will pull us down
But please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible

Do it on your own
It makes no difference to me
What you leave behind
What you choose to be
And whatever they say
Your souls unbreakable

During the struggle
They will pull us down
But please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

During the struggle
They will pull us down
Please, please
Let's use this chance
To turn things around
And tonight
We can truly say
Together we're invincible
Together we're invincible

-MUSE

Thursday, January 6, 2011 Leave a comment

the sky of infinity


A BIRDS FIRST WORDS

If I were a bird, to utter my first word
I truly would wish to say you humans are absurd
With all us wonderful creatures: First, upon an un-polluted earth
You crowd us out, with too many a human birth
Then flock to the zoos with camera and kid
Our habitats ruined, This is what you did
Then fail to lay claim
our pending extinction:
Human population is to blame
When 'too' few a wise humans; in protest explain
The rest of you in unison resist and complain
If these humans dare to utter, without us animals you can't exist
The rest of you question: What are you, an activist?
The next time you visit a creature at the zoo
Ask yourself, without us whatever will you do?

Tuesday, January 4, 2011 1 Comment

« Older Posts Newer Posts »

Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter