Cinta kata hati mati...~


Saya sekarang ni tengah bercuti. "Winter break". Selepas penat sangat bertarung ngan nyawa sekerat sekeping sebaldi secubit setanduk di hujung telur, eh, telur di hujung tanduk masa exam hari tu. Amat-amat menyesal kerana tidak meng'perform'kan diri sendiri dengan sehabis-habis tenaga dan kuasa 70000 kuasa petala langit. Huh. Overall, soalan exam tidak begitu susah JIKA DAN HANYA JIKA seseorang itu study, tapi saya tak study,tak rajin,tak bersemangat macam last year. Entah kenapa,sikap enjoy menjadi-jadi. Honeymoon. Jika dapat result rendah,maka saya redha. Itu adalah usaha saya. Apa yang pasti, kerja kuat harus dilakukan semasa final nanti. sempatkah saya. sempat kot...InsyaAllah

Masa cuti, ramai kawan-kawan cuti. pergi sana, pergi sini, lencong sana, lencong sini, biasa la tuh..banyak duit kan. Tapi... Saya duk kat umah je kot. Pasal apa? Pasal tuuuuut. Memang tak boleh keluar sebab tuuuuuut. Entah bila la tuuuuuut tu nak selesai. Dapat agak ke? Kalu dapat, bagus...nak clue? (poket koyak daa.....)



Okay..saya ada tengok drama Rona Roni Makaroni (Asro Ria). Amani berlakon. Ada part yang dia ajar masak guna cinta. Wah...Bunyi bukan main lagi kan? Masak berdasarkan cinta. Macam mana tu ek? Masak masa tengah dating ke? Eh..boleh pulak camtu. Bukanlah. Masak sambil mengimbau kenangan cinta. Yeke? Bukan jugak. Masaklah dengan mencintai makanan itu...haha. Camne tu? Dah..malas nak explain...




Bercakap pulak pasal cinta. Nak dengar cite tak adik-adik? Nak ke? Nak? Tak nak? Huh! Dengar la!

Kenapa adik-adik kene dengar? Sebabnye..kadang-kadang, untuk memahami, kita perlu dengar daripada orang terlebih dahulu mendalami...bukankah, pengalaman mengajar kita erti kehidupan?

CINTA

(background music-bunyi lagu radja-aku ada kerna kau ada)

okay...apa itu cinta?
konsep disini,cinta selain Allah.maksudnya,cinta pada siapa? Pada mu kekasih...(cewah) DiInggeriskan cinta bermaksud LOVE?what is meant by love? menurut Oxford dictionary;-

noun 1 an intense feeling of deep affection. 2 a deep romantic or sexual attachment to someone. 3 a great interest and pleasure in something. 4 a person or thing that one loves. 5 (in tennis, squash, etc.) a score of zero. apparently from the phrase play for love (i.e. the love of the game, not for money).

verb 1 feel love for. 2 like very much. 3 loving showing love or great care.

— PHRASES love me, love my dog proverb if you love someone, you must accept everything about them, even their faults or weaknesses. make love 1 have sexual intercourse. 2 (make love to) dated pay amorous attention to. there’s no love lost between there is mutual dislike between.

— DERIVATIVES loveless adjective lovingly adverb.




Bercinta atau ber'gewe' (bahasa kelantan) adalah satu perbuatan atau kata kerja. Kata kerja inilah yang bersifat seakan dominan pada masa sekarang.buktinya? Bukti ada di mana-mana.sekitar kita pon ada. Pendek kata, ramai gilelah skg ni yang sedang asyik bercinta...

Tapi..saya bukan nak marah orang-orang bercinta ni...tak eloklah kita marah-marah kan? slow-slow...kne paham betol2...Makin kita terjah, makin jauh kawan kita..



saya lebih suka kalau kita menyelami isi hati orang yang bercinta (cewah...). Bukannya terus menghentam, mencaci, memboikot, memfitnah dan sebagainya. (ni utk org yg selalu duk pok pek pok pek la..buatnye tidak...kn?) Menyatakan rasa tidak puas hati dalam blog dan lain-lain. Cara lembut kan ada...kadang-kadang, orang yang belum pernah merasai bercinta ni begitu radikal aksinya menghentam oleh sebab dirinya begitu tidak mahu atau begitu ego untuk mendekati rakan-rakannya sendiri. Untuk apa kamu berbuat begitu...dapat pingatkah kamu buat begitu hingga mengaibkan orang yang terkena tohmahan kamu...Kita try bersifat empati bukan simpati sekejap..barulah mesej tu sampai...*empati-perasaan seolah2 masuk dalam diri orang yang mengalami


Bimbinglah mereka...bukan mengeji pok pek pok pek belakang2...mereka perlukan ilmu tapi kalo kadang2 pukul je diorg best gak kn?haha...



Berbalik pada tajuk besar gedabak kita. Apa yang buat orang suka sangat bercinta?

Memang diakui, cintalah yang menggerakkan hidup seseorang. Kenapa? Contohnya, jika ada orang yang lembab, malas, tak bermaya...jika didatangi cinta oleh kekasihnya, maka terus bersemangat, bingkas, pantas, rajin dan sebagainya. Sanggup melakukan apa saja demi cinta..ada sampai tahap belajar pun demi cinta. Pernah dengar kentut bau wangi? Masa bercinta semua kentut pun seakan pupus. Tak keluar lansung! Menarik..

Ada juga cinta yang berdasarkan Islam. Ini cukup menarik hati saya. Kenapa menarik? Sebabnya, dikatakan mereka mengikut ajaran Islam dengan tidak berjumpa muka ke muka, berpegangan tangan, bergelak huhu haha tetapi hanya berSMS. Siap kejut bangun qiamulail lagi tau! bagi SMS hadis pun ada...hihi. Tapi sebenarnya, banyak lagi yang Islam ajar..bukan hanya tak berjumpa...



Ada yang sampai satu tahap, hingga melakukan benda-banda yang menjijikkan...semuanya dengan kerelaan. Demi cinta.

Seronok menjadi sebahagian daripada umur 21. Seakan sudah menjadi dewasa. Dan di tahap ini barangkali juga sudah wajib dipanggil mahasiswa. Pada peringkat inilah, masing-masing menafikan istilah cinta monyet. Kerana, bagi mereka, waktu sekarang tidak ada masa untuk monyet bercinta. Mereka telah menjadi manusia. Saya pun tak faham kenapa teori evolusi Darwin boleh meresap dalam minda Melayu. Cinta monyet. Cinta monyet itu digambarkan sebagai budak-budak sekolah yang mentah 'menceburkan' diri dalam industri kecintaan. Haha. Hakikat yang hakikinya, mereka saling tak tumpah dengan golongan yang dikatakan 'mentah' tadi. Mereka juga pernah melalui era kanak-kanak, belasan tahun, hingusan, dan sebahagian daripada mereka pernah menjadi monyet (jika teori Darwin disokong oleh sekular). Tiada beza, kerana boleh jadi cinta budak hingusan ini jauh lebih baik daripada cinta mahasiswa. Tengok sahaja Youtube...banyak saja video mahasiswa ditangkap melakukan "kerja amal"...

Sekarang, era sudah lain barangkali. Sudah ke depan. Sudah diberi nafas baru. Nafas baru yang tecungap-cungap. Lemas. Sakit. Tua. Meniti masa mahu rebah...kerana era inilah manusia sering melupakan...



Kenapa mesti bercinta?

Senang je saya jawab. Kalo dulu, saya bercinta sebab saya rase best-LAH. Rasa benda tu wajib. Rasa benda tu tak salah. Rasa benda tu mematangkan fikiran. Rasa benda tu memberi keyakinan. Kawan-kawan sume bercinta, jadi saya join sekakilah. Bila dapat awek yang cun, nanti kawan-kawan duk sorak. Cunlah awek kau..untungnye kau..sweetnye kau...bahagia aku tengok kau..

Bila dating, kita bawa awek. Bukan bawa kawan. Nanti bila terserempak, kawan akan respek. Terasa diri bagaikan seseorang yang amat mengambil berat akan aweknya. Rasa saham makin naik sebab perempuan-perempuan lain akan nampak keserlahan ke'gentleman'an kita.haha...tapi itu dulu...



Kahwin?

Em, maybe. Bercinta untuk kahwin. Memang berniat untuk kahwin. Memang mengimpikan untuk membina masjid. Tapi masjid tu cume bayangan...apa yang ada? Nafsu...tak setuju?



Dah rasa bahagia, jadi kenapa ade plak yang clash?

Ha...ini yang best. Okay, sebelum tu saya nak bahagikan org yg bercinta ni ikut 3 golongan;-

a) Sikap terlalu sayang hingga cemburu buta

b) Sikap sayang tapi tak tak cemburu

c) Sikap tak sayang mana, tak cemburu lansung



Orang C ni dia cool. Dia boleh dapat cinta petik jari je, pastu kalo hilang, boleh petik jari lagi. Tak cemburu kalau kekasih dia curang atau beralih arah. Sebab die anytime bley cari lain..Orang B pulak, dikatakan impian setiap perempuan. Kerana wanita ingin dimengerti. Kenapa perempuan? NAk tahu? Yang perempuan tu pikirlah sendiri..Laki ni cakap je tak jeles, tapi jeles gak. Laki ada hati gak. Perempuan kalau cemburu, laki suka. Tapi kalau laki cemburu, perempuan rase rimas. Mulalah perempuan minta kesetiaan, minta ditunaikan janji, minta tu, minta ni sebab diorang nak laki ni flexible. Tidak mengongkong. Saya tak sokong laki atau perempuan, tapi betul tak perempuan tak suka laki mengongkong? Kalau setuju,angkat tangan.. Jadi, ape kehalnya orang A? Orang A ni..die sayang sangat pasangan dia...cemburu sangat...tak boleh tengok pasangan dia keluar dengan orang lain,terus melenting. Mulalah siapkan batalion untuk jadi spy, korek maklumat sama ada pasangan dia curang atau sebaliknya. Kebanyakan hasil spy, positif dan menyakitkan hati even hasil tu bkn ade pape yg penting pon...Eh,jangan main-main tau. Golongan nilah kebanyakan yang sanggup mati demi cinta ni. Kena pulak salah sorang tu yang kuat sangat setia, yang sorang lagi konon setia. Ada yang tak nak lepaskan pasangan sebab sayang. Tapi sebenarnya diorang takut diorang tak boleh cari orang lain sebab maybe diorang pikir muka diorang tak hensem mane dan tak selawa mane. Psikologi sume tu. Mmg ada kan? Mengikut kajian le tu...Haha..biaselah, sekarang ni alasan "kawan2' kan ada bila mana si dia dikantoikan.. Kuar makan berdua pon dikira 'kawan'..tapi, bukankah KEMATANGAN fikiran tidak sekelumit pun diukur melalui KEBEBASAN pergaulan? Mungkin kita lupe soal zina hati...ye,kite lupe kot?hihi..lupe lah sangat.. Kalo tak tahu,sama2 kita ajarkan..(ayat penyedap) Alah..kalo tak gune spy pon,memang curang tu berleluasa kan?setuju?



Bila dah tak sehaluan, maka perpisahanlah yang terjadi. Bila sampai waktu ni, masing-masing mulalah tak nak mengaku salah..saling menuding jari. Kau curanglah, aku tak curanglah, aku setia, kau tak setia, kau demand lebihlah, kau memang worst lah, kau memang jahanamlah...

Akhir sekali, makan tak lalu, mandi tak basah...

Tapi..disebabkan KAWAN-KAWAN yg 'baik hati', maka diajaknya untuk bina hidup baru, dengan cara...."carilah pasangan baru!". Inilah kesilapan kita sebenarnya.....

Sepatutnya, kawan-kawan cakaplah.."jangan risau sahabatku, cintalah Allah yang amat pasti takkan menghampakanmu...."



Untuk menentang musuh, kita kne ada ilmu. Saya takut sangat-sangat jika kita semua ni lantang bersuara melalui blog tapi kecut perut untuk melaksanakan. Cakap bukan main berani dalam blog. Itu haram, ini harus, itu makruh, itu Islam tak ajar...orang2 camni, diorang banyak ilmu, tapi ilmu diorang hanya pada blog. Ilmu tak beramal. Berkarat otak dia. Abes bazir calcium ions yang Allah sediakan untuk diorang simpan sebagai long-term memory untuk mereka mengingat apa yang mereka belajar dan termaktub dalam kitab...mungkin dengan blog, mereka boleh berdakwah, mengubah, mengarah, tapi adakah berhasil? Ye..kamu ade usaha tapi sampai bila kamu harus berselindung di sebalik blog? Takut sangatkah kamu berdepan dengan masyarakat sebenar? Ni utk certain org je tau.haha.








cinta itu tidak pernah dianggap bersih selagi mana ia tidak disalurkan dengan cara yang betul..



Maafkan segala kekurangan...sekadar pandangan...


*kalau dulu, dalam PRS (pembimbing rakan sebaya sekolah), saya diajar mengenai motto, "bantulah diri sendiri sebelum bantu orang lain". Tapi sebenarnya, tak perlu perfect untuk bantu orang lain...sekarang pun kita boleh. Asalkan keyakinan tu ada...mengikut trek yang betul...so, bantulah saya juga...InsyaAllah..


Saturday, January 31, 2009


Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter