melepaskan yang tersayang...


hmmm...
kenapa mahu melepaskan yang tersayang?persoalan ni selalu bermain di kepala "darah muda" pada ketika ini bile diajukan soalan oleh uztaz.saling menyayangi,bertegur sapa,bertanya khabar,SMS,YM,semua ini agenda wajib bagi org-org yang menyokong istilah cinta kekasih."saya tak buat apa-apa..."."pegang tangan pun kami tak pernah"."Selalu kami dating,kat tempat-tempat yang ramai org".memanglah...itu semua jawapan wajib.kalo tak tanya pun,akan dijawab macam tu juga.Tanya sedikit pun,mesti jawab macam tu juga.Seorang kawan pernah berkata,ada cinta yang mengikut lunas-lunas islam.eh?apa ni?kalo cinta selepas kahwin,tak kisahlah.tapi ni,perkataan kahwin pun belum tentu terpacul dalam otak tu.cinta yang ikut Islam?macam mana tu?Cuba terangkan sedikit?adakah si lelaki berketayap atau si perempuan bertudung labuh?macam tu kah?atau ada cara lain?



Islam sudah terang-terangan mengharamkan 'kapel' itu sebenarnya.Cuma kita yang tak sedar.lalai dihanyut arus kemajuan zaman.zaman teknologi lah katakan.kita juga tak sedar yang ini semua adalah agenda Yahudi untuk menghancurkan islam.disogok dengan hiburan,permainan,umat Islam seolah-olah alpa dengan pegangan Islam itu sendiri.Jika kita lihat,tiada satu pun dalam "isi-isi" dalam sebuah percintaan manusia ini diharuskan dalam islam.perempuan mahu meluahkan.lelaki mahu mendengar.bercerita masalah.mengadu domba.katanya,dialah yang terbaik bagiku.good listener.pandai ambil hati.romantik.mahu dibelai.mahu disayangi.menyayangi.mahu dicintai.mahu dihargai.jika tak berhubungan sehari,bagaikan setahun merana.kadang sejam pun dikira setahun.aneh tapi benar.merajuk,akan dipujuk.menangis,akan dilapkan air matanya.dan Hari Kekasih,bertukar-tukar hadiah.masing-masing hanyut dalam 'kesedapan' cinta.cinta manusia.cinta kulit.cinta palsu.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.




Umpama seorang lelaki yang berdating dgn perempuan.'saya tak sentuh..saya tak pegang..saya cinta dia'.'saya sayang dia...sebab tu saya tak sentuh dia...'.Bila dah bercinta,masakan marah,kentut pun kadang-kadang dikatakan wangi.masa bercinta amat indah.bahagia.lupa masalah dunia.ketahuilah,bila berada dalam gelanggang cinta,susah untuk kita mengelakkan zina.'saya tak sampai untuk buat zina!'.Bukan zina tu..ada lagi zina mata,zina hati..sedarkah?atau buat-buat tak sedar?zina hati?
ye...
zina hati...bila hati yang rosak,maka rosaklah seluruhnya.menanti ym,menanti sms,semua ini membuatkan kita lupa pada Allah.melakukan perkara yang sia-sia selain mengabdikan diri kepadaNya.Terjaminkah kita akan kekal dengan si dia hingga ke jinjang pelamin?terjaminkah?Takut sangatkah melepaskan seolah-olah sudah tiada org lain di dunia ini yang setanding dengan si dia?takutkah kita?takutkah?

Ingatlah,Allah itu baik.Sayangkan hamba-hambaNya yang memohon keampunan.bertaubatlah...

Friday, August 8, 2008


Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter