#1- Bermulanya kisah...

POP! Penutup pen Zebra yang berharga segenih dibuka terpelanting. Dihalakan ke atas kertas putih. Terhenti seketika jari-jemari. Kelu seribu bahasa. Entah angin apa yang menghalangnya untuk mencoretkan sesuatu. Angin ribut padang pasir kut?

Kepala yang beku dek kesejukan musim ‘salji’ memberi gambaran jelas darah yang lambat bergerak di dalam arteri menuju ke lipatan-lipatan kemas pusat pemikiran manusia;- otak.

Bila dirungkai kembali,simpulan demi simpulan, sebenarnya sudah 4 pusingan. Pusingan sang bumi pada orbit mengelilingi sang matahari. Ya. Sudah 4 kali kedinginan yang sebegini rupa menusuk ke tulang sumsum. Bermakna, sudah ke berapa ratus kalinya bilah-bilah pisau gillete yang ditukar untuk memotong ‘lalang’ di muka dan dagu;-sungguh tiada pengkaitan. 4 tahun juga kaki yang selama ini cerah dan putih, kini ‘berdaki’ dengan debu-debu halus padang pasir.

Sayu dan hiba. Tanpa diduga, atau mungkin sudah terduga, orang tersayang ditinggalkan di sana. Betulkan sedikit bahasa, meninggalkan mereka kerana terpaksa, bukannya rela. Merisik khabar, hanya sekadar berita. Tapi bukan lagi tinta, ini zaman bukan dahulu-kala. Klik sahaja, maka suara berkumandang menerjah angkasa. Teknologi rekaan manusia.

Ah! Ketiadaan yang bersifat sementara. Selagi hatinya cekal, maka diteruskan mimpi yang belum terlaksana. Berjuang hingga ke akhirnya. Perit? Harus ditelan jua. Jemu? Ah, bisikan nafsu yang sering membunuh langkah yang sedang tercipta. Dia? Dia bukan pendeta. Dia bukan dewata. Dia bukan penggiat sastera. Puisi yang digarapnya? Hanya ilusi semata-mata.

The tornados- Chasing Moonbeams

‘Aiwah zabaaaaadiiii, arus bil labaaaannnn, auzz finoooooooooo…..’

Sedikit alunan, yang tipikal tapi tak pernah melunturkan rasa syahdu, membuatkannya sekali lagi tersedar. Lamunan yang menghanyutkan entah ke lautan mana dirobek oleh hama tilam bujang. Agak rancak. Maka moodnya berubah. Sungguh turun naik perasaannya.

Dironyoh-ronyohkan mata. Maka terpanggil untuk mengerling ke bawah kertas putih. Oh! Kitab mata yang tersengih. Menunggu untuk dibelai dan dimanja. Tersenyum sendirian. Barangkali, emosi terlalu kuat, lubang ilmu pun jadi ketat.

Esok yang dinanti. Apakah berisi? Atau sekadar teori? Berharap semoga ianya menjadi pertemuan yang bererti. Kenapa ternanti-nanti?


Bersambung...

Sunday, December 26, 2010

3 responses to #1- Bermulanya kisah...

  1. Anonymous says:

    hehehe, salam, nice work...

    Mantop abe mas kita...buat novel plak ni..kalu ada anugerah khas ni, ternyata milikmu wahai mas ain...huhu

  2. Manusia says:

    Wah~ Panjang sungguh muqaddimah kisah ni... ;)


Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter