Allah menguji kita~


Jumaat yg suram…
Hari ni seluruh Mansurah seakan meratapi kesedihan.Kesedihan yang tidak dapat dirungkaikan dengan mata pena,mahupun lantangan suara.Masing-masing seakan terkunci mulutnya,memberi laluan istimewa pada hati-hati ini untuk menginsafi diri…selesai menunaikan solat jumaat,aku dpt berita yg cukup membuatkan hati ini lupa akan kesedihan lalu.Sahabatku,telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama…
Dan kurang daripada sejam,aku dapat panggilan daripada seseorang,air matanya melebihi percakapannya,mengkhabarkan berita…anugerah Allah tadi telah kembali ke rahmatullah.Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un..
Tak dapat ku gambarkan perasaan kami pada ketika ini..alam yang bingit terasa amat sunyi..sepi tanpa bicara…Allah maha kuasa.Dia memberi kebahagiaan dan Dia boleh menariknya dalam sekelip mata.Dia memberikan ujian dalam pelbagai cara.Dan aku,sepatutnya menilai kembali apa yang aku perjuangkan selama ini sesuai dengan kehendak Allah atau sebaliknya..Dan jika Allah menarik kembali kebahagiaan yang kita kecapi sekarang,tiada sesiapa yang dapat berbuat apa-apa melainkan ketaqwaan yang kukuh pada ketentuanNya.”Hanya sekelip mata”
Nik Huraiyyah Raudhah bt Nik Muhammad Faris dalam kenangan..sesuai dengan namanya.Bidadari taman syurga ini telah kembali kepada penciptanya..Semoga anak kecil ini menunggu ayah dan ibunya di pintu syurga.Sesungguhnya Allah itu bersama org-org yang sabar.Bersabarlah Faris dan Husna.Kamu tidak berkeseorangan.InsyaAllah…~
Firman Allah,

"Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa,dan buah-buahan.Dan sampaikanlah berita gembirakepada orang-orang yang sabar,(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,mereka berkata 'inna lillahi wa inna ilaihi raji'un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali" Surah Al-Baqarah 155 & 156

“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam),dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu),padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” Surah Ali-Imran-139

Friday, December 5, 2008


Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter