#1- Bermulanya kisah...

POP! Penutup pen Zebra yang berharga segenih dibuka terpelanting. Dihalakan ke atas kertas putih. Terhenti seketika jari-jemari. Kelu seribu bahasa. Entah angin apa yang menghalangnya untuk mencoretkan sesuatu. Angin ribut padang pasir kut?

Kepala yang beku dek kesejukan musim ‘salji’ memberi gambaran jelas darah yang lambat bergerak di dalam arteri menuju ke lipatan-lipatan kemas pusat pemikiran manusia;- otak.

Bila dirungkai kembali,simpulan demi simpulan, sebenarnya sudah 4 pusingan. Pusingan sang bumi pada orbit mengelilingi sang matahari. Ya. Sudah 4 kali kedinginan yang sebegini rupa menusuk ke tulang sumsum. Bermakna, sudah ke berapa ratus kalinya bilah-bilah pisau gillete yang ditukar untuk memotong ‘lalang’ di muka dan dagu;-sungguh tiada pengkaitan. 4 tahun juga kaki yang selama ini cerah dan putih, kini ‘berdaki’ dengan debu-debu halus padang pasir.

Sayu dan hiba. Tanpa diduga, atau mungkin sudah terduga, orang tersayang ditinggalkan di sana. Betulkan sedikit bahasa, meninggalkan mereka kerana terpaksa, bukannya rela. Merisik khabar, hanya sekadar berita. Tapi bukan lagi tinta, ini zaman bukan dahulu-kala. Klik sahaja, maka suara berkumandang menerjah angkasa. Teknologi rekaan manusia.

Ah! Ketiadaan yang bersifat sementara. Selagi hatinya cekal, maka diteruskan mimpi yang belum terlaksana. Berjuang hingga ke akhirnya. Perit? Harus ditelan jua. Jemu? Ah, bisikan nafsu yang sering membunuh langkah yang sedang tercipta. Dia? Dia bukan pendeta. Dia bukan dewata. Dia bukan penggiat sastera. Puisi yang digarapnya? Hanya ilusi semata-mata.

The tornados- Chasing Moonbeams

‘Aiwah zabaaaaadiiii, arus bil labaaaannnn, auzz finoooooooooo…..’

Sedikit alunan, yang tipikal tapi tak pernah melunturkan rasa syahdu, membuatkannya sekali lagi tersedar. Lamunan yang menghanyutkan entah ke lautan mana dirobek oleh hama tilam bujang. Agak rancak. Maka moodnya berubah. Sungguh turun naik perasaannya.

Dironyoh-ronyohkan mata. Maka terpanggil untuk mengerling ke bawah kertas putih. Oh! Kitab mata yang tersengih. Menunggu untuk dibelai dan dimanja. Tersenyum sendirian. Barangkali, emosi terlalu kuat, lubang ilmu pun jadi ketat.

Esok yang dinanti. Apakah berisi? Atau sekadar teori? Berharap semoga ianya menjadi pertemuan yang bererti. Kenapa ternanti-nanti?


Bersambung...

Sunday, December 26, 2010 3 Comments

KKM....why?





"Dah 4 bulan sejak makcik jumpe doktor...sampai la skg ni,makcik x pnah tahu ape penyakit makcik.Katenye,ujian darah makcik yg sebotol tu tak sampai dari spital besar ke spital daerah.Pastu die buat appointment bulan depan pulak.Asyik2,appointment dan appointment aje..alahai..."

"..lalu je depan 'spital canggih' tu,kecap air liur je makcik ni..."

Wednesday, November 24, 2010 Leave a comment

Nuffnangers get to win Blackberry Torch 9800 smartphones from Celcom!

This is my entry for winning new Blackberry Torch 9800 for nuffnanger .Hope u like it~~~~!(buat dalam bentuk komik yg ceria dan happy!)
(click on the images for clear and large view.always click and click.okay???)











daftar sekarang!!! http://www.celcom.com.my/celcomexec/blackberry/bbtorch9800_register.php









Tuesday, October 26, 2010 2 Comments

Selangkah menuju impian #1

Kaki melangkah agak lambat. Mungkin dah lama tak 'berjalan kaki'. Kekok barangkali. Hari pertama jejak kaki ke tahun 4 macam-macam yang bermain di fikiran. Suasana bayangan kesibukan hospital sudah lama mengganggu fikiran yang agak lama dikuarantinkan di kampung. Mengikut sahabat-sahabat yang sudah beberapa hari 'senior' daripadanya mungkin satu kepayahan;-nafsu yang membaham,nasi yang disalahkan. Mungkin 2 bulan selepas ini,keaadaannya akan berbeza. Insya-Allah...

*********************************************************

"Mana pintu kuliahnya?",monolog bersendiri.

'Berperang' dengan pesakit yang berasak-asak melintangi jalan utama perkarangan hospital adalah satu kemestian untuk berjaya memijakkan kaki ke dewan kuliah. Terpaksa menyiku makcik secara 'tidak sengaja' untuk meloloskan perut yang sudah gagal untuk bertanding dalam kategori 51 kilogram light menentang Sapok Biki juara emas Sukan Komanwel 1998.Pakcik yg mengerang kesakitan akibat kaki yang patah disumbat secara 'pukal' ke dalam tremco. Ah, sakit benar. Perkataan terakhir, 'inilah Mesir'.

Telinga yang mendengar, mata yang melihat bertukar kepada telinga yg bingit dan mata yang bergam gajah. Ah,kembali lagi aku ke suasana kuliah doktor berbangsa arab yang cuba berbahasa Inggeris. Mungkin pengaruh jajahan Perancis ini lebih selesa dengan sebutan 'Kha'nya atau bunyi mengeluarkan kahak di tekak. Aduh, dugaan dan cabaran. Alhamdulillah, sebutan arab pasarnya biasa didengar dan ditafsir. Belajar perubatan berbahsa arab pasar akan dijadikan ulam pucuk jenereh dicicah budu dalam setahun dua ini, Insya-Allah.


Satu benda yang merisaukan:- kepulangan graduan negara yang kaya dengan pickup chevrolet ini ke kampung suatu hari nanti adakah mampu membawa bersama 'kemuncup-kemuncup' positif cerdik pandai untuk bersama membangunkan kampung tersayang...

Sunday, October 24, 2010 Leave a comment

jika dan hanya jika

anggunnya sirih tepaknya berbeda ,
keris dihunus pembuka kata,
haruskah dilupa dosa dan noda,
menghiris langkah yang baru tercipta.

walit bersiul girang berkicauan,
sarang dicanang penuh harapan,
jatuh bangunnya diselangi lakaran,
bagai diungkap seribu perbidangan.

sumpitan diukir bersama lawi,
menitisnya keringat si anak jati,
mengapa resah bagai dihantui,
gelisah dan padah balasan yg menanti.


Jebat membela tuah berantakan,
kepada sultan dihambakan kesetiaan,
harapan melangit menangkis awangan,
memohon restu dan doa kemaafan....

Tuesday, October 12, 2010 Leave a comment

« Older Posts Newer Posts »

Followers

.::aku::.

My photo
mansurah, al-daqahliah, Egypt
feel free to say we'r art
Carta PERUBATANonline

.::sila pot-pet::.


ShoutMix chat widget

.::online skg?::.

hit counter