“Ish bingungnya.kat mana aku nak dapat idea ni? Perarakan kemerdekaan pun aku tak pernah pergi. Setakat tengok dalam tv, itupun pukul 10 pagi oleh sebab tabiat bangun lambatku memungkinkan aku hanya dapat menonton perarakan kereta berhias dan keberangkatan pulang raja. Maksudnya, dah habis. Perarakan di sekolah? Hambar. Setakat membawa bendera plastik ke hulu ke hilir, ah, apalah sangat. Budak-budak…” bisik seorang anak kecil.
Esok Man akan menghadapi peristiwa besar. Besar bagi budak yg berusia 11 tahun. Belum didengarinya istilah noradrenalin, sympathetic atau nervous. Apa yang pasti, dahinya bebintik-bintik. Basah. Sekali sekala, kerutan dahinya mampu mentertawakan sesiapa sahaja yang melihat telatahnya. Angin perutnya kian menjadi-jadi. Serba tak kena. Makan, macam biasalah, habis dua pinggan nasi. Mandi pun sentiasa basah disebabkan peraturan ibunya yang dipatuhi sejak kecil. Ditarik2 rambutnya yg lurus keperang-perangan. Buntu memikirkan idea. “Nasib baik esok hari sabtu.kalau tak,mesti kena ponteng Fardhu Ain”, bisiknya lagi. Pantang bila kelas fardhu ain percuma yang dijalankan setiap jam 2.30 petang setiap hari di sekolah, ditinggalkan.
Terlihat akan ayahnya yang sedang menonton tv, maka ditanyanya. “Ayah, mcm mana ye?adik tak tahu la nak lukis apa…”. Kelihatan dahi ayahnye pula yg berkerut. “ayah, adik tak tahulah. ayah tau ke? tolonglah ayah…”. Manja rayuannya. Maklumlah, anak bongsu. Panggilan ‘adik’ masih kekal walaupun dia membesar dengan pantas. Sudah masak dengan perangainya yang suka mengadu, menangis dan meminta-minta. Tidak puas hati dengan respon ayah, maka hendak ditanya soalan kali ketiga. Belum sempat menghabisi rayuannya, ayahnya spontan saja menjawab. “Ah, ayah tak tahulah!
‘Ah. Buat apa mahu bermain dengan perasaan? Aku tahu, ayah sangat bijak. Ayah sengaja tak nak jawab. Ayah nak aku guna idea sendiri. Idea budak 11 tahun. Idea bakal saintis. Atau mungkin, ayah sudah tahu layaknya aku di tingkat mana. Bolehnya aku di benua mana. Ayah sungguh menyakitkan hati malam ini!’
Tak habis-habis dilayannya monolog muda sepanjang malam itu. Mukanya sudah menampakkan garis-garis ‘sedih’. Mata berkaca. Bibir bawah melengkung menolak bibir di atas. Bergetar-getar. Air mata yang
Sambil bermonolog, sambil dibeleknya buku2 teks darjah 5. Dicapainya buku kajian tempatan. Idea datang. Bangunan Sultan Abdul Samad terpampang pada kulit buku bahagian belakang. Kecil saja. Dibulat-bulatkan matanya untuk memperbesar imej itu. Walaupun sumber internet mahupun komputer amat asing baginya, imaginasilah yang mengambil tempat. Biar buta IT tapi jangan buta hati. Idea datang mencurah-curah. Berimaginasi dan imaginasi. Perasaan marah membuatkan otaknya bekerja dengan amat gigih sekali seolah-olah dijanjikan bonus separuh bulan.
‘Ya…aku tahu apa yang aku nak buat esok. Tengoklah ayah….’
-------------------------------------------------
Pukul 2.30 petang, tiba di perkarangan kampus ITM Machang. Di
Man segera mengambil tempat. Crayon Buncho jenis 24 dibukanya .Masa beberapa jam itu digunakan dengan sebaik-baiknya. Seolah-olah berada dalam keadaan subconscious. Separa sedar. Tekanan. Bunyi-bunyian. Segala bentuk permasalahan terus sahaja dilupakannya. Amat kusyuk. Melukis, mencoret, mewarna, meniup, menyunting.
Tinggal beberapa minit lagi sebelum wisel ditiup menandakan tamatnya pertandingan. Sedikit sahaja lagi untuk lukisan siap. Hanya tinggal touch-up terakhir. Warna Luna hitam digunakan sebagai outline. Ah! Patah. Mungkin akibat terdedah kepada air. “Bagi kat abang tu warna hitam”, seorang guru bahasa melayu bersuara menyuruh anaknya yang kecil. Oh, rupa-rupanya, Man dikelilingi serta dikerumuni oleh peserta-peserta lain serta cikgu-cikgu dari sekolahnya. Sugguh ramai sekali. Semuanya memberikan sokongan. Sokongan yang amat menghairankan Man. 'Kenapa hanya aku?'. Hanya tinggal Man dan lukisannya. Ruang legar yang tadinya sarat dengan objek-objek hidup kini sudah lengang. Touchup serta touchup dan akhirnya pertandingan tamat…
------------------------------------------------------
Lukisan-lukisan sebanyak 12 helai ditampal pada papan putih utama di atas ruang atas yang paling tinggi mewakili peserta-peserta yang berjaya. Disebabkan Man yang bertubuh kecil serta pemalu, dia hanya mampu melihat dari barisan kerusi paling belakang. Tidak berkeseorangan, ayahnya juga menemani. Kelihatan seperti lukisan-lukisan yg dipamerkan begitu cantik dan menakjubkan. Tambahan pula lukisan yang paling atas. ‘Samar-samar tapi cantik’, bisiknya. Sempat juga berbual-bual dengan orang di sebelah. Seolah-olah tidak gementar lansung.
Keputusan diumumkan. Selepas seorang,seorang pula yang tampil menerima hadiah. Man hanya bersorak apabila kawan-kawan serta senior dari sekolahnya yang berjaya. Semangat sekolah lah katakan. Kedengaran juga nama-nama besar dari sekolah lain yang berjaya yang mana cukup otai dan dikenali Man dalam bidang lukisan di negerinya. Tempat kedua diumumkan, ternyata ia milik seorang otai berdarjah 6 dari sekolah Hamzah 2. ‘Eh, budak tu dapat nombor dua je? Selalunya, dia yang bolot.’ .
Sedang berborak-borak dengan rakan-rakan barunya,tiba-tiba namanya dipanggil. Terkejut? Tidak. Siapalah yang tak kenal dengan lukisan sendiri. Cuma lebih cantik apabila dipamerkan di tempat paling tinggi dan di hadapan otai-otai yang lain…
------------------------------------------------------------------------
Pensyarah,cikgu-cikgu serta kawan-kawan ucap tahniah. Kakak-kakak Uitm ada yang bersalam dengannya. Suka sangat salam dengan adik. Belum baligh. Man tak banyak cakap. Tapi matanya tertumpu ke arah seseorang. Ayah. Sudah disedarinya daripada awal hingga akhir, ayahnya hanya tersenyum. Kemenangan itu hanya layak dihadiahkan pada ayahnya. Dia hanya mahu membuktikan pada ayahnya bahawa dia juga mampu berjaya. Ayah macam biasalah, dengan kawan-kawannya, amat bangga ada seorang ‘adik’ yang berjaya. Barulah Man faham kenapa ayahnya bertindak sebegitu pada malam sebelumnya. ‘Ah! Tak apalah, aku maafkan ayah.nak saja aku cakap, adik dah berjaya lah ayah!’.
Tiba masanya makan ayam goreng dan coconut shake. Oh, sungguh kecewa. Ayam hanya seketul isi jarang-jarang. Coconut shake dah tak ada ais-krim, isi kelapa entah ke mana. Tak apalah, janji aku orang yang diraikan hari ni!
Sudah hampir 10 tahun peristiwa tersebut berlaku. Kini Man tercari-cari bagaimana caranya untuk mengimbau kembali kenangan itu bersama ayahnya. Subjek sudah tersedia, tetapi Allah penentu segalanya.
p/s- nak berjaye bukan senang. berjaya tak datang bergolek.dalam usaha jangan nanges....